Website counter

Saturday, October 15, 2011

Konsep Kurikulum Pendidikan Jepun

1.0 Pendahuluan

Di Malaysia, Pendidikan Moral adalah salah satu pelajaran teras dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Moral merupakan satu subjek teras untuk semua non- muslim dalam sistem pendidikan awam di Malaysia. Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, rohani dan sosial. Pemilihan prinsip-prinsip tersebut dilakukan untuk merialisasikan semangat dan hasrat yang terkandung dalam Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, kita perlu membina masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, iaitu sebuah masyarakat bersatu padu yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh dan bersikap toleransi.

Manakala pendidikan Jepun yang diajarkan bertujuan untuk mengekalkan nilai-nilai sosial. Beberapa kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan pendidikan moral Jepun yang dilakukan penyelidik barat. Dalam penyelidikan tersebut mereka menyatakan bahawa pendidikan moral Jepun tidak hanya didasari pada kokurikulum tetapi kaitannya dengan seluruh kehidupan sekolah. Pendidikan moral dikatakan juga merupakan satu pendidikan moral dalam sejarah, budaya dan konteks sosial, merujuk kepada kesan agama mereka.

Dalam tugasan yang disedikan ini, membincangkan tentang kurikulum moral di Malaysia dan juga Jepun. Penekanan isi adalah berdasarkan kepada sejarah ataupun konsep pembentukkan kedua-dua kurikulum, sumber pembentukkan kurikulum, persamaan serta perbezaan dan yang terakhir adalah tentang kekuatan dan juga kelemahan kedua-dua kokurikulum yang dibincangkan.

2.0 Konsep Kurikulum Pendidikan Moral di Jepun

Konsep ataupun sejarah kurikulum pendidikan moral di Jepun telah wujud dari zaman kuno lagi. Setiap kurikulum pendidikan di dalam sesebuah negara itu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Nama lain bagi pendidikan moral di Jepun ialah pendidikan nilai. Pendidikan nilai di Jepun telah didasari oleh agama dan kepercayaan yang dianuti sejak berkurun lamanya. Kurikulum pendidikan nilai di Jepun dilihat wujud sejak zaman kuno lagi sehinggalah pada abad pertengahan. Antara zaman yang telah mengaplikasikan pendidikan nilai secara tidak langsung di Jepun bermula pada Zaman Edo, Zaman Nasionalisme dan Zaman Demokrasi sehinggalah sekarang. Semasa berlangsungnya zaman ini, masyarakat Jepun telah menganuti tiga agama dan kepercayaan terbesar iaitu ajaran Shinto, Buddha dan Konghucu (Konfusius). Secara berperingakat, ketiga-tiga agama ini dikatakan saling mempengaruhi dan diasimilasikan menjadi inti dalam sistem pendidikan nilai di Jepun.

Keunikan masyarakat Jepun antaranya sering dikaitkan dengan amalan beragama, falsafah hidup serta mentaliti masyarakatnya. Ciri-ciri tertentu yang dimiliki oleh agama, falsafah serta cara pemikiran mereka menjadikannya agak bersifat eksklusif. Amalan beragama yang diamalkan oleh Jepun misalnya agama Shinto yang lebih kepada kepercayaan animisme, Agama Buddha dan Konfusius sememangnya berasal dari China. Ajaran Shinto merupakan agama peribumi masyarakat Jepun. Terdapat dua ciri utama dalam mengamalkan kepercayaan ini iaitu amalan pemujaan alam dan pemujaan roh nenek moyang. Ajaran ini beranggapan bahawa semua objek alam seperti batu, pokok, sungai, segala kejadian alam dan laut mempunyai roh ataupun semangat yang dikenali sebagai ‘kami’. Penganut Shinto percaya wujudnya Dewa-dewa dan Dewi-dewi dengan Dewi Ametirasu (Dewi Matahari) sebagai pusat pemujaan yang menjadi pegangan hidup Kerajaan Zaman Yamato. (Ahmad Sohaimi Lazim, 2005: 129)

Agama Buddha juga turut menjadi dasar dalam kurikulum pendidikan nilai di Jepun. Jepun telah menerima pengaruh Agama Buddha ini pada abad ke-6 dari Korea. Pada masa ini, agama ini hanya boleh dianuti oleh kaum bangsawan pada abad ke-12 namun, pada abad ke-13, Agama Buddha ini telah meluas dan rakyat biasa turut menganuti ajaran ini. Perkembangan Agama Buddha di Jepun telah membawa kepada lahirnya Mazhab Zen Buddhisme yang memberi tumpuan kepada aspek ketenangan dan kekuatan dalaman yang diperolehi melalui amalan meditasi. Kekuatan dalaman ini dikatakan dapat mengawal diri supaya lebih berdisplin dan berani membuat sebarang keputusan hidup.

Selain itu juga ajaran Konfusius telah dibawa ke Jepun dari China. Ajaran ini lebih menekankan keperluan menjaga keharmonian manusia dengan alam dan masyarakat. Segala peraturan perlu ditaati sama ada oleh rakyat ataupun pemerintah. Ajaran ini lebih menekankan konsep Jen iaitu menekankan perasaan keperimanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Tiga konsep utama ajaran ini iaitu Li, Ren dan Zhongyang. Konfusius ini merupakan satu bentuk falsafah dan etika dimana moralnya menekankan lima prisip asas iaitu, anak patuh kepada bapa, isteri patuh kepada suami, adik patuh kepada abang, kawan setia kepada kawan dan rakyat patuh kepada raja. Kelima-lima prinsip ini saling mempengaruhi hubungan masyarakat Jepun terutamanya dalam hubungan kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.

Dua peristiwa besar yang membawa kepada perubahan drastik dalam sistem pendidikan Jepun iaitu semasa pemulihan Meiji pada tahun 1867 dan akhir perang kedua pada tahun 1945. kedua-dua peristiwa ini telah memberi impak yang besar kepada sistem pendidikan nilai di Jepun.

Pendidikan nilai di Jepun telah bermula pada tiga era utama seperti Zaman Edo iaitu pada tahun 1603 sehingga 1867, Zaman Nasionalisme pada tahun 1868 sehingga 1945 dan pada Zaman Demokrasi pada tahun 1945 sehinggalah sekarang. Pada Zaman Edo, sekolah pendidikan Han telah ditubuhkan di mana sekolah ini menjurus ke arah feudal domains. Sekolah ini ditubuhkan bagi mengajar anak-anak dari keluarga samurai belajar mengenai budaya, moral dan ilmu mempertahankan diri. Pada zaman ini, moral mereka disebut sebagai Bushido dan kod samurai. Dalam pengajaran mereka, penekanan dari aspek kesetiaan, pengorbanan diri, keadilan, mempunyai rasa malu, sopan santun, kemurnian, berhemah tinggi, semangat bela diri, kehormatan dan kasih sayang lebih diutamakan. Pada Zaman Edo ini, pendidikan nilai lebih menekankan dua aspek penting iaitu semangat bela diri dan juga menjaga kehormatan diri. Mereka beranggapan bahawa, pentingnya mengawal diri sendiri dahulu sebelum mengawal orang lain. Jadi latihan rohani dipraktikkan bagi mengawal disiplin diri.

Pendidikan nilai pada Zaman Demokrasi iaitu sekitar tahun 1868 sehinggalah 1945, lebih menumpukan kegiatan membasmi buta huruf di kalangan masyarakat Jepun pada waktu itu. Pada zaman ini, pendidikan nilai diberi gelaran Shushin yang membawa maksud disiplin diri. Shushin telah dijadikan salah satu daripada lapan mata pelajaran rasmi pada waktu itu. Objektif Primary Education (1879), menekankan bahawa tugas utama pendidikan adalah untuk menjelaskan dan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan, keadilan, kesetiaan dan berbakti kepada orang tua.

Pada Zaman Demokrasi pada tahun 1945 sehinggalah sekarang memperlihatkan tujuan pendidikan nilai itu diwujudkan adalah untuk menubuhkan pendidikan moral selaras dengan sistem demokrasi yang dilaksanakan melalui kurikulum itu sendiri. Pendidikan itu bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang membangunkan sepenuhnya peribadi, berusaha melindungi orang lain, cinta akan keamanan, keadilan, menghargai nilai-nilai individu, menghargai kerja, mempunyai rasa tanggungjawab, bersemangat membangunkan negara dan mengekalkan keharmonian masyarakat. Pada zaman ini juga, kerajaan telah menghadkan mata pelajaran pendidikan nilai ini wajib diajar satu jam dalam seminggu di setiap kelas. Isi kandungan atau sukatan pendidikan nilai di Jepun ini telah dipertingkatkan dan disesuaikan secara berperingkat-peringkat.

3.0 Sumber Kurikulum Pendidikan Moral di Jepun

Sumber membawa maksud bahan rujukan yang utama bagi sesesuatu penulisan ilmiah ataupun dalam pengukuhan sesuatu fakta. Memang tidak boleh dinafikan, kurikulum sesuatu subjek ataupun mata pelajaran terbentuk berasaskan kepada sesuatu sumber. Daripada analisa yang kami buat daripada jurnal, rujukan internet dan lain-lain lagi, kami telah memahami sumber kurikulum Pendidikan Moral dibahagikan kepada dua iaitu secara tidak formal dan formal.

Sumber yang berbentuk tidak formal di sini merujuk kepada asuhan ibubapa ataupun penjaga sejak kecil lagi. Anak-anak akan dibela dengan memupukkan nilai-nilai murni dalam diri mereka sejak mereka. Nilai-nilai murni akan diwarisi secara turun-temurun. Memang tidak dinafikan bahawa orang Jepun memang mementingkan nilai murni dan adap dalam kehidupan mereka. Bagi mereka, seseorang itu mempunyai perwatakan yang mulia dianggap sebagai orang yang bermaruah dan dihormati. Contoh nilai-nilai murni yang diwarisi secara turun-temurun ialah adap menghormati orang tua. Maka, sumber kurikulum Pendidikan Moral adalah adaptasi daripada asuhan dan didikan ibubapa ataupun nenek moyang sejak kecil lagi.

Selain daripda sumber tidak formal, sumber yang berasaskan formal juga memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukkan kurikulum Pendidikan Moral. Di Malaysia, pembentukkan kurikulum Pendidikan Moral adalah berasaskan pada agama dan tindak-tanduk masyarakat. Tetapi, Pendidikan Moral di Jepun pula berasaskan pada agama sahaja. Masyarakat Jepun mengutamakan tiga agama iaitu agama Shinto, Buddha, dan Konfusius. Ketiga-tiga agama ini telah bergabung dan diterapkan ke dalam sistem nilai Jepun. Nilai-nilai ynag terdapat dalam ketiga-tiga agama ini telah diterapkan ke dalam kurikulum Pendidikan Moral. Maka, terbentuklah satu sistem kurikulum yang seragam.

3.1 Ajaran Shinto

Salah satu agama utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukkan kurikulum Pendidikan Moral Jepun ialah agama Shinto. Agama Shinto merupakan agama asas masyarakat Jepun. Ia juga digelarkan agama asli masyarakat Jepun. Shinto merupakan perkataan orang Cina. Shinto membawa maksud jalan Tuhan atau lebih dikenali The Way of God. Shi bermaksud jalan dan to pula merupakan Tuhan. Perkataan Shinto merupakan nama baru iaitu perubahan bunyi daripada Tien-Tao.

Asal-usul agama Shinto adalah lenyap dalam lipatan sejarah, tetapi terdapat ahli sejarahwan menyatakan bahawa ia bertapak pada akhir tempoh Jomon. Agama Shinto amat meluas di Jepang. Agama Shinto lebih mengutamakan kehidupan duniawi dan bukan kehidupan selepas mati. Agama Shinto merupakan satu bentuk kepercayaan animisme atau pemujaan alam dan roh nenek moyang. Mereka mengganggap bahawa semua benda mempunyai semangat tertentu. Mereka memuja bulan, laut, pokok, sungai dan lain-lain yang dikenali senagai Kami. Penganut Shinto percaya wujudnya Dewa-dewa dan Dewi-dewi dengan Dewi Ametirasu (Dewi Matahari) sebagai pusat pemujaan.

Shinto merupakan satu agama yang tidak mempunyai set dogma, tiada tempat suci, tiada orang yang dianggap suci dan cara penyembahan yang khusus. Walaubagaimanapun, terdapat dua buah buku yang dianggap sebagai kitab suci iaitu Kojiki dan Nihonji. Kitab Kojiki menerangkan tentang alam kayangan tempat kehidupan para dewa dan dewi. Kita boleh juga menakfirkan bahawa agama Shinto ini merupakan himpunan kaedah dan upacara yang bertujuan untuk menyelaraskan hubungan antara manusia dengan Tuhan. Agama Shinto ini telah diasimilasikan ke dalam agama Buddha selepas kewujudannya.

Sebenarnya agama Shinto ini tidak memberi kesan yang begitu mendalam dalam pembentukkan kurikulum Pendidikan Moral Jepun. tetapi, nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama ini telah dimasukkan ke dalam kurikulum Pendidikan Moral seperti cinta akan alam sekitar, kepercayaan Tuhan, dan lain-lain lagi. Ternyata di sini, agama Shinto merupakan asas dalam pembentukkan kurikulum pendidikan Moral.

3.2 Agama Buddha

Sebenarnya agama Buddha berasal daripda China iaitu Korea pada abad keenam. Mengikut pandangan ahli falsafah, agama Buddha ini diperkenalkan pada abad ke-604 A.D. Agama Buddha ini diasaskan oleh Gautama Buddha. Agama ini mendapat nama daripada nama pengasasnya. Buddha ini merupakan etika yang berhubung dengan kehidupan. Ia tidak mengandungi aspek-aspek yang berkait rapat dengan metafizik. Agama ini mengutamakan kehidupan selepas mati.

Agama Buddha ini mudah berkembang dalam kalangan masyarakat Jepun. Salah satu sebab unsur agama ini dapat diterima oleh masyarakat Jepun ialah ajaran agama ini sesuai dengan semangat ketenteraan Jepun. pada peringkat awal, kemasukkan agama Buddha ditentang oleh golongan istana. Keadaan ini berubah apabila Putera Mahkota Shotoku Bushi menjadi penaung agama Buddha pertama di Jepun. Perkembangan Ajaran Buddha di Jepun membawa kepada lahirnya mazhab Zen Budhisme. Zen ini memberi tumpuan kepada aspek ketenangan dan kekuatan dalaman yang diperolehi melalui amalan meditasi. Kekuatan dalaman ini dapat mengawal diri, disiplin dan keberanian membuat keputusan.

Terdapat juga beberapa nilai-nilai murni dalam agama Buddha yang dapat membentuk masyarakat yang beretika. Antara satunya ialah penekanan aspek disiplin dan kawalan diri daripada mazhab Zen. Selain itu, agama ini juga mengutamakan sikap saling membantu dan prinsip persamaan hak tanpa perbezaan warna kulit, keturunan, agama dan lain-lain lagi. Tambahan pula, agama ini juga menekankan nilai moral antara ibubapa dan anak-anak, nilai moral murid dan guru, nilai moral antara suami isteri dan lain-lain lagi.

Agama Buddha ini mengutamakan empat kebenaran yang dijadikan pegangan hidup. Terdapat juga jalan lapis mulia iaitu pengetahuan yang baik, pemikiran yang baik, pertapaan yang baik, perkataan yang baik, keinginan yang baik, kelakuan yang baik, usaha yang baik, dan kehidupan yang baik. Selain itu, agama ini juga memberi penekanan dalan kerangka dasar ajaran Buddha iaitu ajaran tentang Sradha (keyakinan), ajaran tentang sila (etika), dan ajaran tentang ritual (bakti).

3.3 Ajaran Konfusius

Agama ini diasaskan oleh Kung Fu Tse. Beliau merupakan seorang ahli falsafah yang amat terkenal. Ia merupakan keperluan menjaga keharmonian manusia dengan alam dan masyarakat. Konfusius ini tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip hidup yang baik berasaskan konsep Jen.

Ajaran etika Konfusius ini memang mementingkan pemikiran yang betul dan bukan etika. Antara ajaran Kung Fu Tse ialah orang yang bijaksana mampu untuk mencapai kesempurnaan berbanding dengan orang biasa, kebijaksanaan boleh dicapai melalui proses berfikir, menakul, menganalis dan lain-lain lagi. Ternyata di sini, agama ini sentiasa mengutamakan keilmuan.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, nilai-nilai asas ketiga-ketiga agama ini telah bergabung dan diterapkan ke dalam pembentukkan kurikulum Pendidikan Moral. Terdapat beberapa cara yang tidak langsung telah memasukkan nilai-nilai agama ini dimasukkan ke dalam kurikulum Pendidikan Moral.

Pada Zaman Edo (1603 - 1867), sistem feudal di Jepun telah mencapai kemuncak dan runtuh. Hal ini bermakna selepas keruntuhan sistem feudal maka wujudlah golongan sekular yang mementingkan sistem pendidikan. Pada masa yang sama, kedudukan golongan samurai telah meningkat dan mula memainkan peranan dalam sistem politik. Bagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam sistem politik, mereka telah menghantar anak-anak mereka dengan menubuhkan sekolah-sekolah Han. Sekolah tersebut bertujuan dalam mengajar anak-anak tentang adat keluarga, nilai moral dan lain-lain lagi. Ajaran ini dikenali sebagai Bushido. Ajaran ini merupakan gabungan daripada Konfusius dan mazhab Zen (Buddha). Ajaran ini juga memberi penekanan terhadap nilai kesetiaan, pengorbanan diri, keadilan, harga diri, dan lain-lain lagi.

Pada Zaman Nasionalisme iaitu pada tahun 1868 hingga 1945 pendidikan Jepun berkembang secara meluas khususnya semasa pemerintahan Meiji. Maharaja dalam pemerintahan tersebut telah mewajibkan sistem pendidikan di seluruh Jepun pada kali pertama. Pada masa tersebut, Pendidikan Moral dikenali sebagai Sushin yang bermaksud disiplin diri. Nilai ini adalah asas daripada ajaran Konfusius. Ajaran ini diajar dalam lapan subjek dari peringkat rendah.

Memang ternyata di sini, bahawa nilai-nilai murni yang terdapat dalam ketiga-tiga agama ini telah diterapkan ke dalam pembentukkan Pendidikan Moral Jepun. Selepas Zaman Nasionalisme, kurikulum Pendidikan Moral lebih diteraskan ajaran Konfusius.

4.0 Persamaan antara kurikulum pendidikan moral di Jepun dan Malaysia

Persamaan kokurikulum pendidikan moral Jepun dan Malaysia ialah kedua-dua merupakan Independent Subject. Kedua-dua negara ini mempunyai satu subjek khas bagi sesi pengajaran pendidikan moral di negara masing-masing. Terdapat peruntukan masa khas bagi sesi pengajaran subjek moral.

Kandungan pendidikan moral Jepun diperkenalkan daripada beberapa sudut. Kurikulum Jepun terdiri daripada tiga kategori iaitu mata pelajaran akademik, pendidikan moral dan kegiatan khusus. Setiap sekolah menyelenggarakan kurikulum berdasarkan program pembelajaran (shido-Gakushu-yoryo), yang menunjukkan standard-standard akademik yang ditetapkan oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Kebudayaan. Oleh itu, bagi setiap sekolah diwajibkan untuk mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Setiap sekolah diwajibkan mengajar Pendidikan Moral sejam setiap minggu.

Selain itu, program pembelajaran menjelaskan enam tujuan pendidikan moral iaitu (1) untuk menggalakkan semangat menghormati martabat manusia dan kagum kehidupan, (2) untuk memelihara orang-orang yang berusaha untuk mewarisi dan mengembangkan budaya tradisional, dan menciptakan individu yang kaya dengan budaya (3) untuk memelihara orang-orang yang berusaha untuk membentuk dan membangunkan masyarakat yang demokratik dan negara, (4) untuk memelihara orang-orang yang dapat memberikan sumbangan untuk mewujudkan masyarakat antarabangsa yang damai, (5) untuk memelihara orang-orang yang boleh membuat keputusan dengan tidak bergantung kepada orang lain, dan (6) untuk memupuk rasa prinsip moral.

SD (Kelas 1 - 6) dan SMP (Grade 7 - 9) pendidikan moral, sebagai subjek yang khas. Setiap sekolah yang diberikan 34 jam di kelas pertama, 35 jam di kedua kelas sembilan. Ini mewakili 3-4% daripada semua sekolah jam dalam setahun untuk setiap kelas. Dengan kata lain, setiap sekolah diperuntukkan masa (45 minit di SD, 50 minit di tingkatan SMP) daripada pendidikan moral seminggu. Guru kelas akan dibekalkan dengan buku rujukan berdasarkan kursus, koleksi bahan bacaan, dan peralatan lainnya. Nilai-nilai moral utama yang harus diajarkan ditugaskan pada tempoh masing-masing kelas. Guru memilih beberapa nilai-nilai moral berkaitan satu sama lain, kemudian menyepadukan dengan tema yang disarankan, menggunakan bahan-bahan seperti cerita pendek, esei, program televisyen pendidikan, dan sebagainya.

Kandungan pendidikan moral diklasifikasikan menjadi empat bahagian yang terdiri daripada 76 item dalam kandungannya. Terdapt empat kandungan iaitu "berkaitan diri", "berkaitan dengan imej", "berkaitan dengan alam", dan "berkaitan dengan kumpulan dan masyarakat".

Di Malaysia, Pendidikan Moral ialah satu mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di peringkat sekolah menengah. Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi aspek diri, keluarga, alam sekitar, patriotisme, hak asasi manusia, demokrasi serta keamanan dan keharmonian.

Pendidikan Moral di sekolah menengah memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.

Untuk membolehkan murid memahami, menghayati serta mengamalkan prinsip-prinsip tersebut sebanyak tujuh bidang pembelajaran telah dikenal pasti dan nilai-nilai moral disampaikan menerusi bidang pembelajaran tersebut. Selain aspek kerohanian dan kemanusiaan, bidang pembelajaran itu juga menekankan aspek kemasyarakatan dan kebudayaan. Bidang pembelajaran tersebut adalah seperti berikut (1) nilai berkaitan perkembangan diri, (2) nilai berkaitan dengan kekeluargaan, (3) nilai berkaitan dengan alam sekitar, (4) nilai berkaitan dengan patriotisme, (5) nilai berkaitan dengan hak asasi manusia, (6) nilai berkaitan dengan demokrasi, dan (7) nilai berkaitan dengan keamanan dan keharmonian.

Seperti di negara Jepun, Malaysia juga turut menggunakan bahan-bahan untuk membantu melancarkan pengajaran moral. Para murid juga digalakkan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, CD-Rom, e-mail dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada kewujudan masyarakat Malaysia yang celik teknologi.

Persamaan seterusnya ialah di dalam isi kandungan. Di dalam kurikulum pendidikan moral Jepun dan Malaysia mengandungi bidang pembelajaran yang sama iaitu penekanan kepada aspek berkaitan perkembangan diri dan juga nilai berkaitan dengan alam sekitar.

Mengambil contoh nilai berkaitan dengan alam sekitar. Kurikulum pendidikan Jepun sangat menitik beratkan tentang penjagaan alam sekitar. Misalnya nilai yang ditekankan seperti menghormati alam. Nilai moral yang diterapkan ialah perlunya untuk menjadi akrab dengan alam sekitar dan mempunyai kasih sayang terhadap binatang dan juga tumbuhan. Selain itu, menghormati kehidupan. Perlunya untuk menghormati kehidupan dan semua makhluk hidup.

Nilai berkaitan alam sekitar ini juga sama seperti yang terkandung dalam kurikulum Pendidikan Moral di Malaysia. Nilai yang diterapkan ialah seperti menyayangi alam sekitar. Moral ini diterapkan bagi memupuk kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. Selain itu, nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar. Nilai ini hampir sama dengan nilai moral menghormati kehidupan di Jepun. Keadaan ini saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

5.0 Perbezaan antara kurikulum Pendidikan Moral di Jepun dan Malaysia

Terdapat juga perbezaan antara kurikulum Pendidikan Moral Jepun dengan Malaysia. Misalnya dalam nilai berkaitan diri, di Jepun tidak terdapat tentang nilai kepercayaan kepada Tuhan. Nilai-nilai moral yang terkandung berkaitan diri hanya tertumpu terhadap diri individu itu sahaja tanpa menyentuh mengenai kepercayaan kepada Tuhan. Contohnya seperti kesederhanaan, keberanian, ketulusan dan mencintai dan mencari keberanian. Manakala di Malaysia, terdapat nilai kepercayaan kepada Tuhan yang terkandung dalam moral berkaitan dengan perkembangan diri. Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing- masing selars dengan Prinsip Rukun Negara pertama di Malaysia yang menekankan kepercayaan kepada Tuhan.

Terdapat juga perbezaan dari segi kemahiran penilaian menerusi Pendidikan Moral yang diajarkan. Pendidikan Moral Jepun menggunakan pendekatan formatif. Pendidikan moral yang praktikkan di Jepun lebih kepada kegiatan harian secara pratikal bagi memupuk nilai-nilai moral dikalangan relajarnya. Jepun mempunyai pendidikan moral direka untuk mencapai matlamat melalui semua kegiatan pendidikan sekolah.

Sebagai contoh, pertama adalah pembersihan bangunan sekolah. Setiap hari, setiap sekolah, SD di seluruh sekolah-sekolah di Jepun menyuruh mahasiswa untuk membersihkan ruangan kelas dan ruangan awam, seperti, ruangan istirehat, pintu masuk, gimnasium, di luar bangunan dan sebagainya. Ini adalah bertujuan bukan sahaja untuk mencipta persekitaran belajar yang baik dan suasana lebih baik, tetapi juga bagi pelajar menghargai nilai kerja dan kerjasama dengan masyarakat. Ini jelas dilihat bahawa Pendidikan Moral di Jepun bukan lebih kepada teori pengajaran namun menjurus kepada praktikal yang dikatakan mampu memberikan kesan positif pemupukan amalan moral dalam diri setiap masyarakatnya.

Manakala di Malaysia pula, pendidikan moral yang diajarkan dinilai secara berorientasikan kepada peperiksaan. Pendidikan moral sering dipelajari dengan menghafal dan secara teori sahaja. Guru di sekolah-sekolah cenderung untuk menumpu pada teknik menjawab daripada pengajaran yang diberikan dalam buku teks. Bukannya mentafsirkan nilai yang sesuai berdasarkan maklumat yang diberikan, pelajar diajar untuk mencari kata kunci spesifik dalam keterangan dan mengenalpasti nilai moral yang sesuai. Dengan demikian, penghafalan ketat daripada nilai-nilai yang diperlukan tanpa ada penekanan tentang pemahaman atau aplikasi. Penilaian yang dapat dilihat apabila seseorang murid mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan walaupun nilai moral sebenarnya tidak dipraktikkan. (http://en.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_Moral)

6.0 Kekuatan dan Kelemahan Kurikulum Pendidikan Moral Jepun

“Selain negara totalitarian, tiada negara moden lain yang menggunakan sekolah secara sistematik bagi maksud indoktrinasi politik seperti Jepun. Walaupun pengasas sistem persekolahan moden menggunakan bahasa utilitarian, mereka tidak pernah melupakan isu moral dan patriotisme” (Passin, 1982:149).

Dalam hal ini menunjukkan bahawa pendidikan moral amat dititikberatkan dalam melahirkan warganegara yang cintakan Negara dan hasil daripada penterjemahan kurikulum pendidikan secara menyeluruh member impak positif kepada setiap warganya. Walaupun terdapat beberpa kelemahan dalm pelaksanaan kurikulum ini tetapi ia masih mampu diperbaiki. Kekuatan dan kelemahan kurikulum ini dikaji berdasarkan daripada objektif pengajaran pendidikan Moral iaitu:

  1. Untuk menggalakkan semangat menghormati martabat manusia dan kehidupan.
  2. Untuk memelihara orang-orang yang berusaha mewarisi dan mengembangkan budaya tradisional dan mencipta budaya yang kaya secara individual.
  3. Untuk memelihara orang-orang yang berusaha membentuk dan mengembangkan masyarakat dan msyarakat yang demokratik.
  4. Untuk memelihara mereka yang boleh menyumbang untuk mewujudkan masyarakat antarabangsa yang damai.
  5. Untuk memelihara mereka yang boleh membuat keputusan tanpa dipengaruhi.
  6. Untuk memupuk rasa kemoralan.

Penentuan objektif pengajaran pendidikan moral di Jepun ini didasari oleh pengalaman pendidikan yang bermula dari zaman awal pemerintahan kemaharajaan sehinggalah zaman pendidikan moden. Contohnya ketika zaman persekolahan Meiji, ia terbuka kepada semua kanak-kanak dalam negara tanpa mengira tempat tingal dan latar belakang. Ia bertujuan melahirkan jati diri nasional atau semangat kenegaraan yang harus dikongsi oleh golongan yang selama ini mengaitkan diri mereka dengan pemerintahan feudal masing-masing dan untuk melatih mereka dalam membina sebuah negara bangsa yang moden (Kaori Okano & Motonori Tsuchiyo, 2004). Dari pandangan keseluruhan mengenai objektif pengajaran pendidikan moral ini, dapt dinilai bahawa penetuan objektif ditentukan oleh semangat kenegaraan dan patriotisme berkenaan Jepun. Pembinaan semangat ini dilihat sangat jelas dan mudah untiuk dipraktikkan dalam subjek pendidikan moral ini yang bukan sahaja diajar di dalam subjek ini, tetapi penerapan unsure kemoralan ini diajarkan secara tidak langsung dalam subjek-subjek lain di sekolah. Pendek kata, penerapan unsur kenegeraan ini meliputi semua bidang pengajaran pendidikan di Jepun.

Perbincangan yang menjurus kepada kekuatan dan kelemahan pelaksanaan kurikulum ini ditinjau melalui persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam kurikulum pendidikan moral di Malaysia dan Jepun yang dibentangkan dalam bahagian yang seterusnya. Dalam bahagian ini, disentuh sedikit tentang pelaksanaan kurikulum di Malaysia untuk dibuat perbandingan dengan Jepun bagi member gambaran keseluruhan tentang kelemahan dan kekuatan kurikulum tersebut. Pembentukan kurikulum bukan sahaja di Malaysia, malah hampir di seluruh dunia menekankan tentang patriotisme dan ketatanegaraan serta penghayatan nilai-nilai murni dalam Falsafah Pendidikan Negara masing-masing. (Kaori Okano & Motonori Tsuchiyo, 2004).

6.1 Kekuatan Kurikulum

Berdasarkan kepada perbincangan diatas, dapatlah dinilai beberapa kekuatan dalam pelaksanaan kurikulum pendidikan moral di Jepun ini. Pertama, kurikulum yang komprehensif secara tidak langsung meletakkan tujuan pencapaian yang mempunyai keutamaan terhadap semua subjek di dalam pendidikan. Penekanan terhadap unsure patriotisme dan ketatanegraan sememangnya termasuk dalam pembentukan Falsafah Pendidikan telah dipraktikkan sepenuhnya dalam pelaksanaan kurikulum ini. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003), kurikulum pada masa hadapan yang menekankan kepada kesinambungan pembinaan beberapa perkara termasuk kebudayaan nasional, ideologi dan aspirasi nasional yang akan dapat mengukuhkan lagi identiti kebangsaan dan membentuk bangsa yang berwibawa dan bermoral tinggi. Ini dilihat berdasarkan prinsip moral konfucius mengenai hubungan keluarga di satu pihak dan prinsip moral bangsa moden di pihak yang lain, termasuk faedah awam, tanggungjawab awam dan perlembagaan negara serta perundangan Negara. Prinsip moral keluarga dan Negara diintegrasikan dlam pengorbanan individu demi Negara dan maharaja. Pada peringkat sekolah inividu, Perisytiharan lebih menekankan pendidikan moral. Disamping 3M, pelajar memepelajari ciri unik tentang Jepun. Senaskah Perisytiharan dan sekeping gambar maharaja dan maharani diedarkan kepada semua sekolah untuk membentuk asas upacara nasionalis, untuk menyemai dikalangan pelajar dan ibu bapa bahawa matlamat pendidikan adalah lebih utuk Negara berbanding individu.(Kaori Okano & Motonori Tsuchiyo, 2004).

Keduanya, pendidikan di Jepun bertujuan untuk mengekalkan nilai-nilai sosial dan mengekalkannya untuk generasi akan datang. Kekuatan ini didorong oleh kemampuan organisasi pendidikan di Jepun menjadikan sekolah sebagai agen pembudayaan. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan penegasan objektif pendidikan moral yang kedua iaitu untuk memelihara orang-orang yang berusaha mewarisi dan mengembangkan budaya tradisional dan mencipta budaya yang kaya secara individual. Sekolah merupakan satu sistem sosial tersendiri yang mempunyai stuktur dan peraturan yang perlu dipatuhi. Konflik yang sering berlaku di antara pelajar dalam kumpulan diselesaikan menggunakan mekanisme sistem sosial yang sedia ada (Abu Bakar Nordin &Ikhsan Othman, 2003: 178). Perkara yang paling penting ialah dalam hal ini ialah pelajar memelajari norma dan nilai hidup bermasyarakat yang seterusnya membantu pelaksanaan dan pencapaian objektif tersebut. Penerapan nilai-nilai murni ini akan membentuk masyarakat yang kukuh dengan ciri-ciri moral dan etikanya sekaligus mencipta kebanggaan terhadap warisannya.

Seterusnya, kekuatan kurikulum ini dilihat mampu dan berupaya secara penuh membolehkan para pelajarnya juga warganya untuk memahami dengan jelas sejarah dan senario dunia. Dalam waktu yang sama, ia mampu untuk memperdalamkan pemahaman mereka tentang bangsa lain dan cara hidup mereka. Modul persekolahan yang dilaksanakan di Jepun ini menerapkan perkara mengenai kepentingan tiga perkara ini :

1. Menghormati hak asasi manusia

2. Menghormati dan saling bekerjasama antara Jepun dan negara-negara asing.

3. Pemahaman dan kerjasama dengan pertubuhan antarabangsa seperti UNESCO.

Antara program yang dilaksanakan ialah “The Associated School Project for International Understanding” yang bertujuan mempelajari metode pendidikan yang tepat untuk pemahaman antarabangsa melalui pengembangan dalam pendidikan secara bersama-sama yang dilaksanakan di sekolah-sekolah yang telah dilantik UNESCO. Melalui program ini, UNESCO bertindak sebagai ‘orang tengah’ dalam menghubungkan perkembangan pendidikan antara negara. Perasaan prejudis dan stereotaip terhadap kebudayaan negara asing dielakkan melalui program ini yang bertujuan mewujudkan persefahaman yang berterusan sekaligus melihat kebudayaan laur juga mempunyai ketamadunan yang tinggi dan boleh dicontohi. Selain itu, program yang dijalankan di Filipina “Study on Japan” bertujuan sama iaitu mengelakkan rasa prejudis terhadap orang asing sebaliknya mencontohi budaya yang baik dripada negara asing. Contohnya, budaya warga Jepun yang dikenali sebagai bangsa yang rajin bekerja boleh dipraktikkan dalm kehidupan seharian, tidak semata-mata dalam konteks pendidikan. UNESCO meletakkan institusi pendidikan sebagai wadah yang penting dalam mengeratkan kerjasama antara negara krana pendidikan merupakan kepentingan bagi semua negara. Pertukaran budaya, contohnya mengenai pelaksanaan kurikulum pendidikan akan mendatangkan impak yang besar dalam melahirkan nilai kemoralan yang tinggi dikalangan pelajar bahkan keseluruhan masyarakat.

6.2 Kelemahan Kurikulum

Berdasarkan pemahaman mengenai kurikulum pendidikan moral di Jepun, terdapat beberapa kelemahan yang masih lagi boleh diperbaiki untuk meningkatkan lagi persembahannya kepada para pelajar dan institusi pendidikannya terutama dalam merealisasikan objektif kurikulum moral. Antara kelemahan yang dikenalpasti ialah:

1. Berorientasikan peperiksaan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof.Yoshida yang melakukan perbandingan dengan persekolahan J.Waldrof (2005) mendapati bahawa kurikulum pendidikan di Jepun lebih berorientasikan peperiksaan. Menurutnya,

”Sebenarnya, ada masalah-masalah khusus seperti pengasas falsafah spiritual, tidak ada buku teks, tidak ada kurikulum yang standard dalam diri orang lain. Elemen ini tidak dapat diterima di sekolah di Jepun.Dalam erti kata lain, anak-anak tidak perlu bersaing satu sama lain dalam peperiksaan. Mereka membuataktiviti berkumpulan, persekitaran yang kondusif dan sekaligus dapat menyemai perasaan gembira untuk mempelajarinya” (Petikan daripada jurnal).

Berdasarkan daripada kenyataan tersebut, pendidikan yang lebih berorientasikan peperiksaan mempunyai kelemahan dalam mengukur tahap pencapaian sahsiah diri berbanding pencapaian akademik. Apatah lagi dalam pendidikan moral yang lebih mementingkan peningkatan nilai dalam diri pelajar. Kurikulum yang berorientasikan peperiksaan tidak hanya tertumpu di Jepun, malah hampir kebanyakan negara di Asia melaksanakan prosedur yang sama.

2. Penggunaan buku teks secara menyeluruh

Penggunaan buku teks secara asasnya penting dalam memastikan gred objektif pengajaraan dan pembelajaran tercapai. Kelemahan mula timbul apabila penggunaan buku teks secara menyeluruh terutama dalam pengajian berteraskan nilai dan kemoralan dijadikan kayu pengukur pencapaian pelajar yang diorientasikan kepada peperiksaan, sedangkan pengajaran nilai untuk disematkan di dalam hati para pelajar terutamanya perlulah dilaksanakan dengan menggabungjalinkan pelbagai aspek kemanusiaan yang tidak hanya bterhad kepada pembacaan sahaja.

Menurut Kaori Okano & Motonori Tsuchiya (2004), persekolahan menengah menyediakan pelajar untuk peperiksaan kemasukan sekolah tinggi dan sekolah menengah memperuntukkan masa yang lebih untuk aktiviti dan matapelajaran bukan akademik. Guru juga mengajar berdasarkan buku teks sepenuhnya kerana banyak tajuk yang perlu diajar untuk peperiksaan ke sekolah tinggi dan tidak banyak masa untuk menyentuh tajuk di luar buku teks. Penilaian oleh rakan sebaya di sekolah rendah digantikan dengan peperiksaan yang menguji penguasaan pelajar tenteng kandungan buku teks (Fukuzawa, 1994).

Pemberian kuasa yang lebih tegas dalam soal buku teks oleh Kementerian Pendidikan, penyemakan semula kurikulum pengajian sosial pengenalan pendidikan moral dan kursus pengajian baru(garis kasar kurikulum yang perlu dilitupi), yang lebih perskriptif. Kementerian pendidikan mengumumkan pendidikan moral dikendalikan oleh guru ‘homeroom’ seminggu sekali dan mengadakan pendidikan dala perkhidmatan untuk memaklumkan perkara ini. Keadaan ini secara tidak langsung telah mengakibatkan jadual pembelajarannya tidak mencukupi dan terhad.

3. Objektif lebih bermatlamatkan kenegaraan

Kelemahan lain ditimbulkan berikutan penggunaan buku teks secara menyeluruh iaitu menimbulkan persoalan sejauh mana pendidikan moral dalam kurikulum berkesan dalam menyemaikan kesetiaan terhadap kerajaan bermaharaja di kalangan remaja boleh diperdebatkan. Seseorang boleh mengandaikan bahawa ia berjaya menghalang kebanyakan daripada mereka menentang negara secara terang-terangan, tetapi ada individu yag tidak dapat menerimanya (Kaori Okano & Motonori Tsuchiya, 2004).

Objektif kurikulum yang lebih menonjolkan matlamat kenegaraan ini memerlukan daya usaha yang kuat terutama dalam merekabentuk kurikulum tersebut. Apabila pendidikan moral diperkenalkan secara rasmi dalam kurikulum sekolah rendah apada tahun 1959, kesatuan guru menyuarakan kebimbangan bahawa pendidikan moralApabila pendidikan moral diperkenalkan secara rasmi dalam kurikulum sekolah rendah apada tahun 1959, kesatuan guru menyuarakan kebimbangan bahawa pendidikan moral bercorak nasional seperti zaman sebelum perang akan hidup kembali (Cummings 1980;Tsuneyoshi 1994). Keadaan ini dibimbangi pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral itu akan beralaih kepada kepentingan politik.

7.0 Kesimpulan

Berdasarkan daripada keseluruhan perbincangan ini, dapat disimpulkan bahawa kurikulum pendidikan moral di Jepun ini telah mencapai satu tahap perkembangan yang baik dalam meningkatkan semangat nasionalisme dan patriotisme sejak dari persekolahan peringkat rendah lagi. Apatah lagi dalam mewujudkan kerjasama antarabangsa dalam bidang pendidikan terutamanya pendidikan moral ini yang disedari mempunyai objektif yang berbeza bagi setiap negara. Penyesuian dan pertukaran budaya ini tidak hanya terhad dalam soal politik semata-mata malah mencakui seluruh aspek kehidupan. Contohnya, budaya warga Jepun yang dikenali dengan sifat suka bekerja boleh dijadikan amalan yang dipupuk sejak sekolah rendah melalui program yang dilaksanakan oleh UNESCO.

Semua warga masyarakat dunia perlulah menyedari bhawa pendidikan moral ini tidak hanya bertunjangkan pembentukan moral semata-mata, malah secara keseluruhannya dalam setiap subjek wujudnya penerapan pendidikan moral itu secara tdak langsung. Perlu juga disedari, perbezaan dan persamaan yang wujud dalam kurikulum pendidikan moral yang dilaksanakan di Malaysia dan Jepun ini boleh mewujudkan satu hubungan toleransi dalm menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan moral di Jepun menjadi contoh terbaik kerana ianya bertujuan membangunkan warganegara yang tidak pernah kehilangan semangat yang konsisten untu menghormati sesama manusia.

Bibliografi

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, Falsafah Pendidikan dan Kurikulum, Tanjong Malim: Quantum Books, 2003.

Ahmad Sohaimi Lazim, Model Titas 2 Tamadun Jepun, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2005.

Cummings, William K, Education and Equality in Japan, Princeton, NJ: Princeton University Press, 1980.

Fukuzawa, Rebecca E, Laluan ke Alam Dewasa Mengikut Sekolah Menengah Jepun. Journal of Japanese Studies, 20(1),61-86, 1994.

Huston Smith, Agama-agama Manusia, Jakarta: Yayasan Obor Indonesia, 1999.

Joesoef Sou’yb, Agama-agama Besar di Dunia, Jakarta: Al Husna Zikra, 1996.

Kaori Okano & Motonori Tsuchiya, (Terjemahan Faridah Mohamad) Pendidikan Moden Jepun: Ketaksamaan dan Kepelbagaian, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, 2004.

Margie Beck. Pamela Tatz, Exploring Religion, Australia: Oxford Universiti Press, 1997.

Passin, Herbert, Society and Education in Japan. Tokyo: Kodansha International, 1982.

Pendidikan Moral, Diperolehi pada Februari 19, 2010 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_Moral

Ekonomi Asia Tenggara sebelum Penjajahan

1.0 Pendahuluan

Asia Tenggara merupakan sebuah kawasan di Tenggara Asia. Ia meliputi dua jenis masyarakat iaitu negeri-negeri kepulauan dan negeri-negeri di Tanah Besar.[1] Asia Tenggara merangkumi negara-negara seperti Indonesia, Vietnam, Filipina, Burma dan Thailand. Sistem ekonomi di Asia Tenggara telah wujud sejak sekian lama dahulu, sejak sebelum kedatangan penjajah lagi. Sistem ekonomi yang diamalkan sewaktu sebelum kedatangan penjajah ialah sistem sara diri, komersial dan perdagangan. Sistem sara diri ialah kegiatan ekonomi yang dijalankan untuk mendapatkan bahan makanan dan lain-lain hasil untuk memenuhi keperluan harian dan untuk kewajipan cukai. Kegiatan utama sara diri ialah bercucuk tanam, menangkap ikan, dan memungut hasil hutan.[2] Peralatan yang digunakan juga adalah yang paling asas dan bersifat primitif. Disebabkan oleh itu, lebihan hasil yang dikeluarkan oleh para petani adalah terhad.

Selain itu, sistem ekonomi secara komersial juga telah wujud. Sebagai contoh, lebihan beras di Siam, Burma dan Kampuchea telah wujud. Sebagai contoh, lebihan beras di Siam, Burma dan Kampuchea telah menjadi barang eksport dari awal lagi dengan Jawa sebagai pengeksport utama. Tambahan itu, pertanian tanaman komersial juga telah diusahakan secara meluas sejak abad ke-15. Hasilnya adalah seperti lada hitam, bunga cengkih, kapas dan gula. Lada merupakan tanaman komersial yang paling bernilai antara abad ke-15 dan ke-18.[3] Pada mulanya ia bersifat tradisional dan terikat di bawah kekuasaan pemerintah.

Sistem ekonomi perdagangan pula merupakan unsur yang amat penting dalam ekonomi Asia Tenggara. Kegiatan ini berkembang kerana sebahagian besar Asia Tenggara bersifat kepulauan, maka kegiatan pelayaran telah mewujudkan aktiviti perdagangan. Galakan perdagangan seperti yang dilakukan Raja-raja Burma menggalakkan perdagangan dengan negara-negara maritim. Perkembangan perdagangan lebih pesat setelah kemasukan barat kerana minat mereka terhadap kekayaan bahan mentah di Asia Tenggara. Kedatangan penjajah barat telah mengubah corak ekonomi tradisional Asia tenggara. Oleh itu, sistem ekonomi yang wujud di Asia Tenggara sebelum kedatangan penjajah akan dirungkai dalam penulisan ini.

2.0 Sistem Tanah

Sumber ekonomi masyarakat tradisonal Asia Tenggara jelasnya bermula dan bertumpu kepada aktiviti pertanian. Pada awalnya, tanah yang digunakan oleh petani secara amnya adalah dipunyai dan dikuasai sepenuhnya oleh golongan pemerintah sebagai pemilik utama.[4] Namun, pemerintah tidak akan mampu menguruskan kesemua tanahnya, lalu diwujudkan sistem pengagihan tanah.

Pengagihan ini adalah kadangkala berbeza antara sesuatu kawasan mengikut sistem masing-masing dalam mengerjakan tanah. Perbezaan dan persamaan perlaksanaan ini, contohnya kita dapat lihat di Burma dan Vietnam. Di kawasan Tonkin dan Annam di Vietnam sebelum masuknya Eropah, kedua-dua kawasan ini sahaja di Asia Tenggara yang mempunyai tradisi memiliki tanah sendiri, iaitu satu tradisi yang diwarisi dari China.[5] Saiz bidang tanah adalah dihadkan oleh undang-undang pemerintah dan kebanyakan kampung terus mempunyai tanah hak milik bersama.

Selain itu, pada abad berikutnya di Vietnam ini, sistem pengagihan tanah berbentuk “personal share land” yang telah memperuntukkan tanah kepada pegawai kerajaan berdasarkan pangkat mereka dan kepada petani lelaki mengikut umur dan taraf kesihatan mereka. Tanah ini diagihkan semula setiap tiga tahun mengikut keadaan semasa. Selain itu, terdapat juga tanah umum yang diperuntukkan kepada golongan khas seperti askar, anak yatim, balu dan orang miskin yang tidak berupaya membayar cukai mereka. Tanah umum ini tidak boleh dijual tetapi boleh disewa kepada para petani untuk tempoh maksima tiga tahun dan wang sewa itu dikhaskan untuk kegunaan kampung.[6]

Manakala jika dilihat di Burma, seperti juga di Vietnam, tanah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu tanah kerajaan, tanah persendirian dan tanah biara.[7] Jika dilihat dari sudut pembahagian tanah kerajaan ini, ia seperti keadaan yang berlaku di Vietnam yang mengkhaskan tanah kepada pegawai kerajaan, dan di Burma sendiri, tanah ini dikerjakan oleh golongan Ahmudan iaitu pegawai diraja untuk manfaat negara. Tanah persendirian pula diwarisi oleh sesebuah keluarga atau kampung dan jarang dikenakan cukai. Keadaan ini berlanjutan sehinggalah pada abad ke-19 apabila cukai kepala dikenakan kepada golongan Athi.[8] Tanah biara pula didermakan oleh orang perseorangan atau raja untuk menampung golongan sangha.[9] Tanah ini dikerjakan oleh hamba biara dan seperti juga tanah umum di Vietnam, ia tidak dikenakan cukai.[10]

Contoh yang memperlihatkan keadaan sistem tanah yang sama ialah Burma dan Kemboja. Iaitu seperti juga di Burma, Kemboja memberikan pengagihan tanah kepada setiap keluarga untuk diusahakan.[11] Jadi jika dilihat di ketiga-tiga buah negara ini, wujud persamaan di mana masing-masing membahagikan tanah kepada masyarakat biasa, dan juga pegawai kerajaan, namun terdapat juga pembahagian tanah kepada pengelasan yang berbeza contohnya tanah biara.

Dalam melihat kepada sistem tanah ini, wujud hal-hal berkaitan pemilikan atau penyewaan tanah. Dalam aspek ini, mengambil contoh Burma, Vietnam, dan Thailand, dapat dilihat pelbagai situasi dan permasalahan yang dialami khususnya oleh petani seperti kehilangan hak penyewaan, peminjaman wang daripada tuan tanah yang menyebabkan kerugian dan pelbagai lagi.

Contoh corak penyewaan tanah dapat dilihat di Thailand iaitu di Daerah Rangsit. Tuan tanah mengusahakan tanah dalam unit yang besar dan menyebabkan penyewaan tanah banyak berlaku. Kebanyakan tuan tanah ini tidak tinggal di tanah mereka dan adalah dari golongan keluarga diraja serta kebiasaannya tanah ini disewakan setahun sahaja. Penyewaan ini mampu mencecah angka yang tinggi menyebabkan berlaku peminjaman daripada tuan tanah atau orang tengah. Apa yang paling merugikan di bawah sistem “tog khao” ini, bayaran balik adalah dengan padi yang belum dituai dan kadar bunganya mungkin berjumlah sehingga 50% setiap bulan.[12] Hal ini pastinya merugikan para petani yang terlibat.

Permasalahan lain yang timbul berkaitan dengan hak petani dapat dilihat contohnya pada abad ke-16 di Burma iaitu tanah persendirian itu dimiliki oleh masyarakat tani. Namun, berlaku usaha-usaha untuk menukar hak milik tanah ini. Namun, pada tahun 1890 dan 1940, usaha telah dijalankan untuk menyekat kegiatan penukaran hak milik tanah. Contohnya kelulusan undang-undang bantuan pertanian Burma 1891 yang bertujuan melindungi petani Burma daripada kehilangan hak milik tanah.[13]

Masalah juga turut berlaku di Vietnam, seperti juga di Burma dan Thailand dari sudut yang berbeza sedikit tetapi masih berfokuskan kepada masalah kaum tani. Masalah ini wujud apabila kerajaan tidak berusaha untuk mengubah cara pertanian warisan kolonial yang terbukti hanya menguntungkan tuan tanah yang kaya. Hal ini kemudian menyebabkan berlaku reformasi tanah yang mengakibatkan pembahagian semula tanah pada 1956[14] serta persetujuan bertulis antara tuan tanah dengan penyewa tanah. Kesannya penyewa berhak dapat perlindungan daripada jawatankuasa hal ehwal pertanian yang ditubuhkan di peringkat daerah.

3.0 Sistem Kerah

Amalan ekonomi di setiap kawasan Asia Tenggara adalah hampir sama bagi setiap kawasan. Buktinya dari aspek penghambaan, walaupun ekonomi perhambaan tidak wujud, namun sistem yang diamalkan kebanyakan kerajaan sebelum abad-19 menyaksikan idea perhambaan itu wujud tetapi dikenali sebagai sistem kerah.[15] Sistem kerah ini dijalankan oleh masyarakat atas dasar paksaan dan jika ingkar, mereka akan dihukum dan ini menyebabkan golongan ini tiada pilihan lain. Selain itu, sistem ini sebenarnya berkait rapat dengan sistem feudalisme yang mana menekankan ketaatsetiaan antara golongan yang pemerintah dengan golongan yang diperintah. Hal ini menjadikan rakyat itu terikat di bawah kekuasaan raja dan perintahnya.

Sistem kerah ini contohnya dapat dilihat di Kampuchea, Vietnam dan Indonesia. Di ketiga-tiga negara ini idea pengabdian, penghambaan atau sistem kerah telah lama wujud dan diamalkan sejak awal abad lagi terutamanya sebelum kedatangan penjajah. Di Jawa dan Madura, Indonesia dan Vietnam misalnya terdapat pelbagai bentuk khidmat wajib yang perlu dilakukan dan ini ditentukan oleh keadaan tempatan dan adat resam.[16]

Antara khidmat wajib itu ialah kerahan tenaga dalam pertanian, melakukan kerja-kerja pembinaan atau pembaikan istana dan jalan raya, ketenteraan dan sebagainya. Secara jelas lagi, semasa zaman Wangsa Nguyen di Vietnam pada 1802, petani telah dikerah untuk membuat pelbagai kerja seperti membina istana raja di Hue.[17] Di Vietnam Selatan, perkhidmatan buruh selama tujuh hari diwajibkan kepada setiap lelaki yang sihat. Jika khidmat ini tidak dilakukan, ia perlu diganti dengan bayaran piaster.

Di Kampuchea pula pada abad-19, seperti juga di Vietnam, di dalam hierarki masyarakat Khmer, rakyat bebas diberikan hak tertentu tetapi perlu memberikan perkhidmatan kepada raja iaitu terlibat selama 90 hari dalam sistem kerah menjalankan kerja yang diarahkan oleh golongan pemerintah. Jadi, dilihat bahawa di Kampuchea dan Vietnam, secara jelas sistem kerah ini dikenakan ke atas masyarakat oleh raja yang memerintah.

Berbeza sedikit dengan di Filipina dan Indonesia, sistem kerah ini dikenakan oleh golongan tuan tanah kepada penyewa tanah. Contohnya di Filipina, datu dan tuan tanah bebas mempunyai hamba abdi untuk mengerjakan tanah mereka dan berkhidmat di rumah mereka. Terdapat hamba abdi yang bertumpu pada tanah dan ½ daripada hasil tanaman mereka dibayar kepada tuan mereka.[18]

Walaupun idea sistem kerah ini telah lama menapak dalam sistem ekonomi masyarakat tradisional negara-negara Asia Tenggara, namun pada abad ke-19 semasa era penjajahan, sistem kerah atau perhambaan ini ditentang hebat oleh golongan penjajah dan masyarakat kerana dianggap faktor yang merugikan ekonomi masyarakat. Lalu, ada usaha-usaha yang dijalankan oleh khususnya golongan berkuasa tertentu antaranya penjajah untuk menghapuskan sistem ini. Contohnya dapat dilihat di Indonesia iaitu pada 1890, khidmat wajib ini dihapuskan.[19]

4.0 Kepercayaan

Aktiviti pertanian sara diri yang dilakukan oleh masyarakat Asia Tenggara sangat dipengaruhi dan mempunyai ikatan erat dengan kepercayaan ghaib seperti semangat ghaib, semangat padi dan sebagainya. Unsur ini dilambangkan oleh dewa dewi atau penjaga semangat tersebut. Bagi masyarakat Asia Tenggara secara umumnya mereka percaya bahawa setiap benda itu mempunyai nyawa mereka sendiri dan mempunyai penjaga yang wujud dalam bentuk semangat. Oleh hal yang demikian bagi menjaga agar semangat tersebut sentiasa berada dalam keadaan aman dan tidak mengganggu, maka pelbagai bentuk acara diadakan pada antaranya musim menuai.[20] Namun, kepercayaan anamisme ini mengalami sedikit perubahan apabila masuknya pengaruh Hindu Buddha dan Islam pada abad seterusnya.

5.0 Sistem Cukai

Sistem cukai di Asia Tenggara yang telah wujud sejak abad ke-11 iaitu raja memaksa rakyat di naungannya untuk membayar cukai supaya memastikan rakyat di bawah naungan raja itu dapat menunjukkan taat setia mereka kepada pemerintah. Hasil cukai merupakan salah satu punca pendapatan raja dan pembesar. Hal ini berlanjutan sehingga abad ke-19 dan sebelum penjajah dari luar seperti Perancis, Sepanyol dan British berminat menjajah Asia Tenggara. Sejak abad ke-11, hasil pertanian yang diusahakan bukan lagi untuk keperluan diri dan keluarga walaupun pertanian dijalankan secara sara diri, malahan untuk membayar cukai yang disifatkan wajib kepada para petani. Ini dapat dilihat antaranya dalam masyarakat Burma.[21] Cukai ini dibayar kepada pembesar atau pegawai yang dilantik oleh raja dan juga raja yang memerintah. Antara cukai yang terdapat sebelum penjajahan di Asia Tenggara ialah cukai tanah, cukai hasil pertanian, dan cukai cukai perdagangan. Akan tetapi, pada abad ini, cukai tanah lebih diutamakan kerana penduduk Asia Tenggara lebih tumpu kepada aktiviti pertanian sara diri.

Tuntutan kerajaan terhadap hasil pertanian ini adalah berdasarkan dakwaan bahawa semua tanah merupakan hak milik raja dan rakyat harus membayar cukai sebagai balasan kerana raja mengizinkan para petani secara khusus mengerjakan tanah. Akibat daripada kedudukan petani yang sering ditindas dari segi hasil pertanian, lebihan hasil pertanian adalah kurang dan kadang-kala keperluan makanan ahli keluarga tidak dapat dipenuhi. Cukai ini kebiasaannya dikutip secara paksa oleh pegawai yang mementingkan kekayaan diri sendiri. Hal ini boleh lihat di salah satu negara di Asia Tenggara iaitu Burma, seorang ywa thugyi diberikan tanggunjawab untuk memungut cukai tanah dan menjalankan pentadbiran undang-undang.[22]

Selain itu, terdapat beberapa golongan pemerintah yang menggunakan cukai tersebut untuk membina sistem pengairan dan perparitan yang sistematik supaya pada musim hujan tidak berlaku banjir yang boleh merosakkan tanaman penduduk negara tersebut. Hal ini boleh dilihat berlaku di Burma juga dalam pembinaan satu sistem pengairan yang hebat dan membolehkan masyarakat Khmer menghasilkan jumlah hasil tanaman sara diri yang tinggi walaupun berlaku musim hujan monsun.[23] Antara sistem pengairan yang telah dibina iaitu empangan reseau hydraulique.[24] Sistem ini membolehkan pengairan air ke sawah-sawah dengan kawalan kadar yang bersesuaian dengan musim dan akan berubah apabila tiba masanya.

Asia tenggara sangat dipengaruhi dengan pengaruh agama Hindu Buddha. Hal ini menyebabkan satu golongan wujud yang tidak perlu untuk membayar cukai iaitu golongan sami atau songha.[25] Mereka adalah sami agama Hindu Buddha dari institusi agama.[26] Golongan ini bukan sahaja tidak perlu membayar cukai tanah malah mereka diberikan keistimewaa untuk mengerjakan tanah tanpa batasan. Ini kerana golongan sami ini telah memberi jaminan keselamatan, peluang ekonomi, kestabilan, kedudukan politik dan sosial serta kelahiran semula dalam kepercayaan agama Hindu Buddha di negara tersebut. Burma merupakan salah satu negara di asia Tenggara yang berlaku dengan ketara. Golongan pura-kywan mendapat faedah politik dan ekonomi di samping dibebaskan daripada membayar cukai negeri.[27] Pura-kywan juga berhak mengerjakan tanah kerana raja-raja telah memberi tanah kepada mereka.[28]

Pada abad ke-18 dan sekitar abad ke-19, hasil pungutan cukai menjadi semakin penting dan mempunyai yang tinggi sehingga kedudukan raja atau pembesar boleh terjejas apabila berlaku berkurangnya hasil cukai tanah. Hal ini telah berlaku di Burma, kedudukan raja tergugat kerana golongan pura-kywan telah melampaui batas atas pemberian tanah daripada raja. Golongan ini merebut tanah dengan raja dan pembesar sehingga tidak dapat kawal.[29] Raja hanya dapat menstabilkan kedudukan mereka dengan memerintah pegawai kerajaan untuk merampas kembali hak dan tanah yang diberikan kepada golongan pura-kywan. Raja juga menghantar golongan pura-kywan ke Celyon untuk memulihkan semula peranan mereka ke arah keagamaan yang seperti asal.[30] Krisis ini kembali pulih apabila diperintah oleh wangsa Konbaung.

Selepas abad ke-15, pertanian secara komersial telah mula diusahakan secara meluas di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, sistem pertanian yang diamalkan pada waktu ini adalah bersifat tradisional dan terikat di bawah kekuasaan pemerintah.[31] Situasi ini boleh lihat di Sumatera secara umumnya pemilik pertanian komersial seperti padi, kapas, lada dan gula perlu membayar cukai satu setengah dollar perhasil pertanian kepada raja pada pesta tahunan di Indonesia.[32]

Pada abad ke-19 pula, kebanyakkan negara di Asia Tenggara menjadi semakin maju dari segi ekonomi kerana kemunculan pelbagai hasil pertanian yang membawa Asia Tenggara muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa dan maritim. Potensi ekonomi Asia Tenggara juga berada di tahap yang tinggi kerana pungutan hasil cukai menjadi semakin tinggi yang dihasilkan oleh rakyat. Contohnya, pada abad ke-19 di Burma, semasa pemerintahan Mindon, beberapa perubahan telah dijalankan seperti cukai baru berdasarkan kewangan keluarga diperkenalkan dan kelas ahmudan dihapuskan.[33] Dasar- dasar baru ini berkaitan cukai membolehkan pemerintahan memajukan negara dengan memperkenalkan pelbagai teknologi untuk memajukan pertanian di Burma dengan menggunakan hasil daripada pungutan cukai.[34]

Sistem cukai yang memaksa penduduk di Asia Tenggara terutamanya para petani membayar cukai tanah dan cukai hasil pertanian komersial menjadi punca pendapatan utama di Asia tenggara. Di samping itu, cukai perdagangan juga dikutip oleh pihak pemerintah kerana pada sekitar abad ke-18, Asia Tenggara menjadi negara yang semakin giat aktif dalam perdangan serta mempunyai hubungan perdagangan dengan negara-negara besar seperti China. Ini adalah salah satu faktor penjajah dari barat ingin menjajah negara-negara yang terdapat di Asia Tenggara walaupun secara paksa dan penuh dengan muslihat.

6.0 Sistem Pertanian

Sebelum abad ke-15 negara-negara di Asia Tenggara telah mengamalkan sistem pertanian secara kecil-kecilan yang dikenali sebagai sistem pertanian pindah. Sistem ini diamalkan oleh kebanyakan masyarakat yang masih lagi menjalankan kehidupan secara nomad terutamanya di kawasan pedalaman dan berbukit. Masih terdapat pelbagai pandangan tentang sistem pertanian ini. Seorang sarjana, Donald W. Fryer misalnya menyatakan bahawa sistem pertanian ini juga merupakan pertanian sara diri sebab beliau hanya mencatatkan dua jenis sistem sahaja iaitu pertanian pindah dan pertanian sawah. Kawasan bagi pertanian pindah ini adalah berbeza mengikut tempat.[35] Ia dikenali sebagai Caingin di Filipina, rai atau ray di Vietnam, tam rai di Thailand, taungya di Burma dan ladang di Indonesia. Antara satu ciri nyata aktiviti pertanian pindah ini ialah pelbagai jenis tanaman ditanam dalam satu kawasan. Misalnya terdapat lebih daripada 400 jenis tanaman biasanya ditanam oleh petani pindah di Mondoro, Filipina.

Selepas abad ke-15, pertanian secara komersial telah mula diusahakan secara meluas di Asia Tenggara. Sistem pertanian yang diamalkan pada waktu ini adalah bersifat tradisional dan terikat di bawah kekuasaan pemerintah. Sebagai contoh, di Sumatera secara umumnya pemilik pertanian komersial perlu membayar cukai satu setengah dollar perhasil pertanian kepada raja dan kepada suku pada pesta tahunannya.[36] Di antara tanaman yang diusahakan secara komersial ialah seperti padi, lada, tebu dan kapas. Jenis-jenis tanaman ini telah menggantikan hasil hutan dan laut yang merupakan eksport utama Asia Tenggara pada masa itu.

6.1 Padi

Pada mulanya, aktiviti pertanian diusahakan untuk kegunaan sendiri dan lama-kelamaan bertukar menjadi kegiatan ekonomi komersial. Keadaaan ini telah dipengaruhi faktor geografi dan cuaca di Asia Tenggara yang panas dan lembap sepanjang tahun serta teknologi tinggi yang dicipta oleh masyarakat tempatan. Antara kawasan padi yang terdapat di Asia Tenggara ialah Delta Irrawaddy (Burma), Dataran Bangkok/Lembah Menam Chao Phraya (Thailand) dan Delta Mekong (Vietnam), Tasik Tonle Sap (Kampuchea) dan Laos.

Padi merupakan tanaman paling asas di Asia Tenggara. Hampir semua negara di Asia Tenggara menanam padi kerana merupakan makanan ruji masyarakatnya. Di Thailand sejak awal abad, penanaman padi sawah dijalankan di Dataran Bangkok atau Lembah Menam Chao Phraya. Sementara di Burma pula Dataran Irrawaddy dan Delta Mekong merupakan kawasan penanaman padi yang penting. Pertanian padi yang pada mulanya dijalankan secara kecil-kecilan telah bertukar kepada satu ekonomi komersial yang kemudiannya diperdagangkan.

Berdasarkan faktor ekologi, masyarakat pertanian yang bersifat sara diri di Asia Tenggara terutamanya di Burma, Siam, dan Vietnam boleh dibahagikan kepada dua iaitu, pertanian sawah tetap dan pertanian pindah.[37] Hasil utama bagi pertanian sara diri ialah sawah padi yang banyak didapati di negara Thailand dan Burma. Contohnya, masyarakat Burma atau lebih dikenali sebagai masyarakat Kanchin di Bukit Kanchin telah mengusahakan pertanian sawah.[38] Mereka ini merupakan masyarakat di pinggir yang berdekatan bukit-bukau. Masyarakat ini juga menjalankan pertanian pindah dan aktiviti memburu. Terdapat juga masyarakat yang menjalankna penternakan seperti kerbau yang digunakan membajak sawah. Aktiviti penternakan ini contohnya dapat dilihat di negara Laos.[39]

Terdapat dua jenis padi iaitu yang ditanam mengikut musim, iaitu satu jenis tanaman di kawasan paya pada bulan November untuk dituai pada bulan Mac berikutnya, sementara satu lagi ditanam pada musim hujan. Bagi jenis kedua, benih padi disemai di tapak semaian sebelum ditugal ke bendang. Selepas musim menuai, bendang dibakar untuk mendapatkan baja asli.[40] Padi sawah mempunyai dua kategori. Pertama, padi sawah bergantung semata-mata kepada air hujan sebagaimana yang dijalankan oleh petani-petani secara tradisi di Filipina dan Delta Sungai Irrawaddy.

Kedua, menggunakan air tambahan yang boleh dilaksanakan melalui banjir dari sungai seperti di tanah pamah Mae Nam di Thailand, kawasan Palembang di Sumatera dan di sepanjang bahagian hilir Sungai Mekong. Di kawasan yang berbukit pula penanaman padi bukit dijalankan. Misalnya aktiviti penanaman padi bukit yang dijalankan di Filipina dan Pulau Jawa secara perwarisan. Penanaman padi jenis ini dapat dijalankan kerana ia hanya memerlukan kuantiti air yang sedikit. Penanaman padi bukit turut diamalkan oleh masyarakat yang tinggal di Tanah Besar Asia Tenggara seperti suku Chin, Karen, Kachin dan sebagainya.

Di Vietnam utara telah dapat dijalankan penanaman padi dua kali setahun di kawasan sawah dan ditambah pula dengan penanaman jagung, ubi keledek, kacang dan buah-buahan. Di kawasan delta di bahagian Selatan, terlalu sedikit hujan dan suhu yang terlalu tinggi dan menyebabkan tidak dapat dijalankan penanaman dua kali setahun. Di Delta Mekong pula, cara penanaman padi adalah lebih rendah mutunya. Sistem batas dan paritnya adalah juga kurang baik jika dibandingkan dengan wilayah utara. Oleh hal yang demikian, penanaman padi adalah bergantung semata-mata kepada hujan. Tambahan lagi pengawalan banjir di Sungai Mekong tidak begitu baik. Namun, masalah ini dapat diatasi dengan memperkenalkan padi terapung.

Pada awal abad ke-16 penduduk yang sedikit di Burma hanya bertanam padi untuk keperluan asas sahaja, dan apabila keperluan itu sudah dipenuhi hasil-hasil tanaman yang berlebihan yang tidak mendapat permintaan itu mungkin dibiarkan tidak bertuai.[41] Mereka hanya menggunakan hasil untuk kegunaan kelompok yang kecil sahaja. Di Burma, sebelum Pegu diambil oleh British, negara ini tidak pernah mengeksport beras. Sebaliknya, pada abad ke-17, di Arakan telah menanam padi untuk di eksport. Sistem tanaman padi secara secara sara diri telah bertukar kepada komersial mendatangkan banyak keuntungan bukan sahaja menambah kekayaan tetapi mewujudkan hubungan antarabangsa dan perubahan dalam sosial masyarakat negara yang terlibat. Kesannya, pihak pemerintah dan peniaga-peniaga mendapat keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada tanaman secara meluas.

Menjelang abad ke-19, permintaan orang India yang bertambah-tambah telah menyebabkan penanaman padi semakin meluas. Ditambah dengan sistem saliran yang baik telah diwujudkan dibeberapa kawasan Asia Tenggara semakin menyumbang kepada meluasnya tanaman padi. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di Myanmar iaitu di kawasan Kyauhse. Kyauhse sebuah kawasan pertanian seluas 100 00 ekar diusahakan sejak awal abad ke-17 dan merupakan kawasan jelapang padi negara disebabkan oleh terdapatnya sistem pengairan yang paling baik di sana. Di tambah dengan adanya pembukaan Terusan Suez pada 1869 menyebabkan penanaman padi semakin berkembang dengan lebih cepat lagi.[42]

Selain itu juga, sistem tanaman padi secara komersial telah dapat mewujudkan hubungan antarabangsa dan serantau antara negara-negara Asia Tenggara dengan negara-negara lain seperti negara China dan Jepun. Perhubungan antarabangsa yang wujud ini telah menyebabkan berlaku beberapa perubahan di dalam sosial masyarakat. Sebagai contoh, di Siam sesetengah phrai yang terlibat dalam pertanian kontan telah mendapat keizinan nai mereka untuk menggantikan perkhimatan mereka kepada nai dengan pembayaran wang. Kebebasan daripada kewajipan tradisional ini membolehkan phrai memajukan usaha pertanian yang mendatangkan pendapatan yang lumayan.[43]

Aktiviti pertanian pada abad ke-16 sehingga ke-18 di Vietnam amat bergantung kepada sistem parit dan tali air yang dibina untuk mengawal banjir.[44] Sistem saliran ini membantu petani mengawal aktiviti pertanian mereka seperti yang terdapat di Sungai Koi dan teknik pengawalan ini diambil dari China sejak berzaman. Masyarakat Vietnam akan menyuburkan tanaman menggunakan najis manusia dan binatang yang dijadikan sebagai baja asli.[45] Keadaan ini bertepatan dengan cara hidup seharian masyarakat Vietnam yang mengguna semula bahan-bahan buangan semaksimum mungkin. Najis manusia dan binatang itu secara langsung turut membantu menyuburkan tanah-tanah pertanian mereka.

Selain daripada Sungai Koi, kawasan pertanian utama yang lain termasuklah Lembah Mekong, Delta Sungai Merah di Tongking. Lembah Sungai Mekong merupakan antara kawasan pertanian yang utama dan dianggap mempunyai sejarah pertanian yang sangat lama. Kawasannya sangat subur terutama kesan daripada limpahan lumpur Sungai Mekong menyebabkan ia menjadi kawasan tumpuan penduduk. Sungai-sungai ini juga menjadi kawasan perikanan yang penting. Sebagai masyarakat yang bergantung kepada ekonomi sara diri, maka aktiviti pertanian dan perikanan dilaksanakan secara beriringan.

6.2 Lada

Lada adalah merupakan tanaman komersial yang bernilai antara abad ke-15 hingga abad ke-18 kerana pasaran bagi tanaman ini sangat meluas meliputi Eropah, India dan China. Faktor permintaan yang menggalakkan dengan harga yang tinggi telah menyebabkan ramai penduduk di Asia Tenggara mula mengusahakan tanaman lada. Misalnya penduduk di Borneo dan Sumatera. Bagi penanaman lada, faktor utama yang menjadi penentu ialah jenis tanah yang sesuai. Di Sumatera, tanaman lada adalah mengikut musim buah-buahan kerana tidak mempunyai satu pola teratur kemungkinan disebabkan oleh pengaruh musim seperti di Pantai Barat India. Namun secara jelasnya, lada dapat mengeluarkan hasil dua kali setahun dan kebiasanya tempat yang sesuai bagi tanaman ini ialah di tepi sungai atau anak sungai.[46]

Pada permulaannya, penanaman lada banyak dipengaruhi oleh pihak pemerintah dan kebiasaannya penanaman lada ini dilakukan dikawasan pedalaman. Sebagai contoh, di Banten, sultan telah memerintahkan bahawa setiap penduduk yang melebihi umur 16 tahun mesti menanam 500 pokok lada setahun dan pembesar-pembesar dipertugaskan mengutip hasilnya.[47] Seterusnya pertanian lada ini meningkat secara komersial dan terus mengalami perkembangan sehingga pertengahan abad ke-17.

Pada pertengahan abad ke-17, penanaman lada secara komersial tidak lagi menguntungkan penanamnya.[48] Hal ini demikian kerana pada tahun 1650 sehingga 1680-an, berlakunya kemelesetan ekonomi dunia yang secara langsung telah menyebabkan berlakunya kemerosotan dalam ekonomi negara-negara Asia Tenggara. Kemerosotan ekonomi yang berlaku di Asia tenggara ini telah menyebabkan masyarakat Asia Tenggara mula menanam semula tanaman keperluan harian mereka dan secara tidak rasmi menolak sistem pertanian yang berkembang sejak abad ke-15 dan mengabaikan permintaan pasaran dunia terhadap pengeluaran komersialnya, serta mengurangkan pergantungan mereka pada bahan makanan yang diimport dari negeri-negeri serantau yang lain.[49]

Pada abad ke-18 petani-petani China turut menceburkan diri dalam penanaman lada secara komersial. Petani-petani China telah menanam lada secara komersial di kawasan seperti di Pulau Pinang, Johor dan Brunei. Namun menjelang abad ke-19, akibat berlaku kemerosotan keuntungan hasil, petani-petani China ini tidak lagi mengusahakan tanaman lada secara komersial.

6.3 Tebu

Tebu dianggap sebagai satu tumbuhan asli di Asia Tenggara dan setelah diproses, ianya dapat menghasilkan gula. Walaupun begitu, pengeluaran gula bukanlah bermula di rantau ini sehinggalah abad ke-17 apabila satu kaedah penapisan diperkenalkan oleh orang China. Sebelumnya, penduduk tempatan masa itu tidak menganggap tebu sebagai satu tanaman yang penting disebabkan mereka tidak mengetahui hasil lumayan yang boleh diperolehi daripada tebu. Kaedah penapisan yang diperkenalkan tersebut telah membawa keuntungan kepada beberapa buah negara. Misalnya, gula yang dikeluarkan di Kampuchea, Jawa, Vietnam dan Siam telah dipasarkan sehingga ke Jepun dan China terutamanya.

Pada awal abad ke-19 pengenalan teknik penanaman yang lebih baik oleh pihak pemodal telah membolehkan tanaman tebu secara komersial berkembang secara pesat di Asia Tenggara. Sebagai contoh di Jawa, tebu merupakan satu tanaman yang diusahakan secara meluas menjelang tahun 1820-an setelah Belanda memperkenalkan sistem tanaman serahan secara paksa dan Tanaman Rodi Menjelang tahun 1820-an. Kawasan-kawasan yang diusahakan juga telah bertambah sebanyak 18% diantara tahun 1833 sehingga 1861 dan daya pengeluaran juga telah meningkat sebanyak 300% dalam jangka masa yang sama.[50]

6.0 Perdagangan

Perdagangan yang wujud di negara-negara Asia Tenggara antara abad ke-17 dan abad ke-19 secara tidak langsung memberi gambaran mengenai perkembangan sosiopolitik dan ekonomi sebelum berlakunya penjajahan oleh kuasa barat. Dalam hal ini, perbincangan akan memefokuskan kepada beberapa negara yang dilihat menunjukkan perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam perdagangan sehinggakan faktor perdagangan itu sendiri menjadi hal utama barat berusaha untuk menguasai Asia Tenggara.

Ayudhya yang merupakan ibu kota kerajaan Siam sejak tahun 1350/1, walaupun terletak di kawasan “pedalaman”, tetapi Ayudhya ditubuhkan dengan kefahaman pentingnya perdagangan kepada golongan pemerintah dan bukan untuk menguasai hasil golongan petani semata-mata.[51] Pada ketika ini telah wujud hubungan dagang dengan beberapa kuasa asing. Walau bagaimanapun, penglibatan mereka adalah sangat kecil dan tidak menimbulkan tekanan tekanan politik dan atau sosioekonomi ke atas kerajaan Siam. Hubungan Siam-China sepertimana yang digambarkan oleh orang Teochew sebenarnya bukan sahaja sekadar ikatan perdagangan,tetapi lebih daripada itu.[52]

Pada abad ke-19, masyarakat Siam telah mengalami perubahan yang besar disebabkan faktor luaran seperti kemasukan buruh Cina dan perubahan sistem cukai. Perhubungan perniagaan antara Ayudhya dan wangsa Manchu yang dilakukan oleh Raja Thaksin pada tahun 1776 hingga 1877 bagi mendapat bahan-bahan binaan, alat senjata dan pekerja-pekerja mahir untuk ditukarkan dengan beras dan kayu[53] untuk membangunkan Siam dengan menggunakan perdagangan dan buruh dari China. Secara tidak langsung, rakyat telah terlibat sebagai pengeluar barangan untuk dieksport.

Kemunculan Ayudhya ini menunjukkan corak perdagangan baru yang lebih menumpukan hasil pengeluaran tempatan selain kemudahan perniagaan yang ditawarkan oleh rantau ini sejak abad ketujuh. Ayudhya bukan sahaja muncul sebagai pelabuhan, malah sebagai pusat pengeluaran kawasan pedalaman seperti hasil hutan dari Kemboja, Laos, Lanna Thai dan Pagan.[54] Pelabuhan-pelabuhan Siam merupakan tempat-tempat penting kerana kapal Portugis yang hendak belayar ke China dapat berteduh pada musim angin monsun timur laut apabila Laut Chian Selatan menjadi ganas.[55]

Dari sudut hubungan luar, Siam juga berdagang dengan pusat kuasa lain sepeti Segenting Kra dan Nusantara. Ayudhya direkod mengimport barang-barang seperti kain dari Gujerat dan lada dari Sumatera dan menjualnya kepada pelabuhan-pelabuhan di pantai Tanah Besar. Ayudhya merupakan pusat mengumpul bahan-bahan pengeluaran seperti beras, bahan makanan , gading, lac dan sebagainya.[56]

Seterusnya Filipina yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari China, Jepun, Siam dan Kemboja. Filipina berperanan menjadi pusat pengumpulan barang dagangan sebagai contohnya, segala hasil sutera dan rempah ratus akan dikumpulkan terlebih dahulu sebelum dikirimkan ke Acapulco. Filipina bertindak sebagai gerbang perdagangan Amerika-Sepanyol menyebabkan pengaliran wang Amerika ke Filipina. Kapal-kapal Sepanyol dari pelabuhan Acapulco di Mexico membawa ke Manila wang dan jongkong perak bagi membolehkan mereka membeli kain sutera, baldu, tembikar, gangsa-gangsa dan batu permata dari China.[57]

Disebabkan Filipina tidak mempunyai rempah atau emas dan perak, adalah perlu bagi Filipina untuk mengadakan perdagangan dengan negeri-negeri China dan Jepun untuk dapat berdiri sendiri. Ekonomi Filipina adalah bergantung kepada kapal-kapal di Manila yang secara tidak langsung membolehkan Manila mempunyai pelabuhan-pelabuahan cantik dan yang berhampiran dengan kepuk padi di Luzon Tengah untuk mengekalkan kedudukannya sebagai pusat perdagangan pulau-pulau.[58]

7.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, sebelum kedatangan penjajah. Asia Tenggara telah mempunyai sistem ekonominya sendiri. Sistem ekonomi bercorak tradisi ini kemudiannya bertukar kepada komersial dan lebih menjadi maju. Hasil-hasil yang diusahakan adalah seperti padi, lada hitam, tebu, kapas, bunga cengkih dan sebagainya. Tetapi kebanyakan daripada sistem ekonomi ini adalah bersifat tradisional dan terikat dengan pemerintah. Terdapat beberapa cukai yang dikenakan oleh pemerintah dalam sistem ekonomi tradisional ini. Hasil bumi yang banyak di Asia Tenggara telah mendatangkan banyak manfaat kepada kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara.

Hal ini sekaligus menarik minat kuasa barat ke Asia Tenggara. Akibat daripada keadaan politik dalam sesebuah kerajaan tidak stabil telah menyebabkan kuasa barat berpeluang campur tangan dalam pentadbiran yang bermatlamatkan untuk mengaut kekayaan ekonomi di Asia Tenggara semata-mata. Seperti yang berlaku di Vietnam, penaklukan Perancis ke atas Vietnam dikatakan berpunca daripada kedudukan sosiopolitik raja-raja pemerintah Dinasti Nguyen yang tidak begitu kukuh. Secara tidak langsung pihak Barat telah menjajah kerajan-kerajaan di Asia Tenggara kecuali Thailand. Pada abad ke-19 merupakan kemuncak perluasan kuasa barat sekaligus merubah corak sistem ekonomi di Asia Tenggara.

BIBLIOGRAFI

Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd, 1991.

Abdul Rahman Abdullah, Sejarah Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdullah Zakariah Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros dan Suffian Mansor, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan Dan Asia Timur 1800-1963, Kuala Lumpur: Fajar Bakti sdn.Bhd, 2000.

D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1979.

Diedit oleh David G. Marr dan A.C Milner, Southeast Asia In the 9th to 14th Centuries, Singapore: Institue of Southeast Asian Studies Singapore, 1986.

D.J.M Tate, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid ke-2, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1987.

Tan Pek leng, Sejarah Asia Tenggara Moden, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Jarak Jauh USM, 2004.

Donald W. Fryer PH.D, Asia Tenggara Yang Sedang Membangun Suatu Kajian Mengenai Perkembangan dan Sebaliknya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979.

George Mcturnan Kahin, Kerajaan dan Politik Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.

Kobkua Suwannathat Pian, Sejarah Thai Zaman Bangkok, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001.

Willian Marsden, (pentj), A.S Nasution, Mahyuddin Mendim, (edit) Ewa Panjaitan, Sejarah Sumatera, Bandung: Remaja Rosdakarya Offset, 1999.



[1] D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1979, Hlm., 3.

[2] Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd, 1991, Hlm., 13.

[3] Tan Pek Leng, Sejarah Asia Tenggara Moden, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Jarak Jauh USM, 2004, Hlm., 63.

[4] Diedit oleh David G. Marr dan A.C Milner, Southeast Asia In the 9th to 14th Centuries, Singapore: Institue of Southeast Asian Studies Singapore, 1986, Hlm., 330.

[5] Donald W. Fryer PH.D, Asia Tenggara Yang Sedang Membangun Suatu Kajian Mengenai Perkembangan dan Sebaliknya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979, Hlm., 101.

[6] Tan Pek leng, Sejarah Asia Tenggara Moden, Hlm., 60.

[7] Ibid., Hlm., 60.

[8] Di bawah sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung, athi merupakan golongan yang berada di hierarki terbawah iaitu merupakan golongan pembesar tradisional.

[9] Golongan Sangha ini dikaitkan dengan pengaruh Buddha. Iaitu merupakan golongan komuniti sami-sami Buddha. Golongan ini dianggap guru, atau ketua dalam pelbagai upacara antaranya perkahwinan,kematian, pertabalan diraja, pembakaran mayat, serta permintaan hajat. Kedudukan mereka ini lebih kepada kekuatan spiritual. Biara yang dinaungi oleh mereka adalah dibiayai oleh pemerintah dan menjadi alat perpaduan bagi golongan memerintah dengan golongan diperintah.

[10] Tan Pek Leng, Sejarah Asia Tenggara Moden, Hlm., 60.

[11] D.J.M Tate, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid ke-2, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1987, Hlm., 828.

[12] Donald W. Fryer PH. D, Asia Tenggara Yang Sedang Membangun Suatu Kajian Mengenai Perkembangan dan Sebaliknya, Hlm., 202.

[13] D.J.M Tate, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara jilid ke-2, Hlm., 156.

[14] Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, 1991, Hlm., 270.

[15] Abdullah Zakariah Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros dan Suffian Mansor, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan Dan Asia Timur 1800-1963, Kuala Lumpur: Fajar Bakti sdn.Bhd, 2000, Hlm., 129.

[16] D.J.M Tate, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara jilid ke-2, Hlm., 540.

[17] Abdullah Zakaria, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963, Hlm., 47.

[18] George Mcturnan Kahin, Kerajaan dan Politik Asia Tenggara, Hlm., 890.

[19] D.J.M Tate, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid ke-2, Hlm., 560.

[20] Abdullah Zakaria, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963, Hlm., 134.

[21] Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Hlm., 40.

[22] Ywa thugyi merupakan seorang ketua kampung dilantik oleh raja berasaskan pada keturunan dan harta di Burma. Mereka bertugas dengan pihak pembesar dan raja tidak akan dibayar gaji, sebaliknya merka berhak mengambil sebahagian daripada cukai yang mereka dapat kutip daripada para petani

[23] D. G. E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Hlm., 163.

[24] Reseau hydraulique dapat menampung air hujan yang banyak walaupun berlaku musim hujan yang lebat. Sistem ini juga dapat mengatasi masalah kekurangan air semasa musim kemarau.

[25] Songha ahíla merupakan organisasi sami yang ditubuhkan dalam instituís agama Hindu Buddha.

[26] Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, Hlm., 28.

[27] Ibid., Hlm., 29.

[28] Pura- kywan merupakan golongan yang terikat dengan insitusi agama seperti sami.

[29] Abdul Rahman Abdullah, Sejarah Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2000. hlm 68.

[30] Ibid., Hlm., 68.

[31] Willian Marsden, (pentj), A.S Nasution, Mahyuddin Mendim, (edit) Ewa Panjaitan, Sejarah Sumatera, Hlm., 92.

[32] Ibid., Hlm., 92.

[33] Almudan sama erti seperti kywan-to. Istilah Almudan diubah pada sekitar abad ke18 sehingga 19. almudan membawa maksud rakyat yang menjalankan tugas-tugas yang khusus untuk raja dan golongan yang terikat dengan kerajaan mereka berhak mengerjakan tanah raja.

[34] Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Hlm., 35.

[35] Abdullah Zakariah Ghazali, Azharudin Mohamed Dali, Azhar Mad Aros dan Suffian Mansor, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan Dan Asia Timur 1800-1963, Hlm., 134.

[36] Willian Marsden, (pentj), A.S Nasution, Mahyuddin Mendim, (edit) Ewa Panjaitan, Sejarah Sumatera, Hlm., 92.

[37] Masyarakat pertanian sawah tetap dan berpindah boleh disamakan dengan masyarakat pusat dan pinggir.

[38] Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Hlm., 56.

[39] Ibid., Hlm., 56.

[40] Ibid., Hlm., 74.

[41] D. G. E Hall, Sejarah Asia Tenggara, Hlm., 933.

[42] Ibid., Hlm., 933.

[43] Kobkua Suwannathat Pian, Sejarah Thai Zaman Bangkok, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, Hlm., 146.

[44] Abdullah Zakaria Ghazali, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur 1800-1963, Hlm., 133.

[45] Gilbert Khoo B.A (Hons), Asia Dalam Perubahan, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books, 1978, Hlm., 458.

[46] Ibid., Hlm., 92.

[47] Tan Pek leng, Sejarah Asia Tenggara Moden, Pulau Pinang: Pusat Pengajian Jarak Jauh USM, 2004, Hlm., 63.

[48] Kobkua Suwannathat Pian, Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, Hlm., 117.

[49] Ibid., Hlm., 116.

[50] D.J.M. Tate, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara: Perubahan Ekonomi dan Sosial Jilid Kedua, Hlm., 64.

[51] Kobkua Suwananthat Pian, Asia Tenggara: Hubungan Tradisisonal Serantau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, Hlm., 13.

[52] Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd.Dali, Azhar Hj. Mad Aros & Suffian Mansor, Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963, Hlm., 165.

[53] Abu Talib Ahmad, Sejarah Asia Tenggara Asia Tenggara, 1991, Hlm., 16.

[54] Kobkua Suwananthat Pian, Asia Tenggara: Hubungan Tradisisonal Serantau, Hlm., 46.

[55] D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara. Hlm., 294.

[56] Ibid. Hlm., 47.

[57] D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara, 1979, Hlm., 300.

[58] Ibid., Hlm., 300.