Website counter

Monday, November 14, 2011

Exam Ogos, sabgs

SMK (P) SULTAN ABU BAKAR MUAR

UJIAN OGOS 2011

SEJARAH : TINGKATAN 4

MASA : 2 JAM

NAMA :_______________________________

TINGKATAN :_________________________

KERTAS 1 : Soalan Objektif

Pilih satu jawapan yang tepat.

1. Zaman Jahiliah berlaku selepas runtuhnya empangan Maarib sehingga turunnya wahyu Allah. Apakah yang telah menyebabkan runtuhnya empangan tersebut?

A Kelalaian pemimpin

B Musim hujan yang panjang

C Struktur pembinaan yang tidak sesuai

D Berlaku kebocoran besar

2. Mengapakah masyarakat jahiliah memandang rendah kaum wanita?

A Kaum wanita mudah menjatuhkan maruah keluarga dan keturunan mereka

B Kaum wanita tidak dapat memberi sumbangan besar dalam meningkatkan ekonomi keluarga

C Kaum wanita menjadi beban kehidupan kerana sifat mereka yang lemah

D Kaum wanita sering dijadikan hamba abdi kepada golongan bangsawan

3. Buhaira telah meminta Abu Talib membawa pulang Nabi Muhammad SAW ke Mekah dengan segera kerana bimbang baginda akan dibunuh oleh orang Yahudi. Mengapakah tokoh tersebut berkata demikian?

A Baginda memiliki tanda-tanda kerasulan

B Baginda berketurunan pemimpin Mekah

C Baginda mahir selok-belok perniagaan

D Baginda ingin berniaga ke Mekah

4. X dalam jadual berikut berkaitan dengan tempat yang dituju Rasulullah SAW untuk beribadat kepada Allah.

X

v Mengasingkan diri untuk beribadat

v Bertujuan untuk mengubah kehidupan masyarakat yang mengamalkan perbuatan tidak bermoral

X ialah…

A Gua Thur

B Gua Hirak

C Bukit Uhud

D Bukit Safa

X

Tempat pertama dakwah Islamiah dijalankan secara terbuka

5.

X merujuk kepada..

A Bukit Safa

B Kaabah

C Telaga Zamzam

D Bukit Nur

6. Maklumat berikut berkaitan peristiwa yang berlaku ketika Rasulullah SAW berusia 25 tahun.

X

Menyelesaikan persengketaan dalam kalangan kabilah Quraisy

Apakah peristiwa X?

A Perletakan semula Hajarul Aswad

B Peperangan al- Basus

C Penghijrahan ke Habsyah

D Perebutan telaga zam-zam

7. Petikan berikut merujuk kepada…

“Bacalah dengan nama Tuhan mu yang menjadikan manusia dengan segumpal darah”

Surah al- Alaq, ayat 1-5


Apakah kepentingan wahyu tersebut?

A Menyeru masalah buta huruf diatasi segera

B Mewajibkan Nabi Muhammad SAW menyebarkan Islam

C Memerintahkan umat Islam membaca Al- Quran

D Menandakan bermulanya perkembangan tamadun manusia.

8. Ekonomi Arab Quraisy dikatakan telah terjejas akibat penyebaran ajaran Islam. Aktiviti kaum Arab Quraisy yang paling teruk terjejas ialah

A kegiatan menjual hamba

B penjualan air telaga zamzam

C pengukiran patung berhala

D industri membuat arak

9. Mengapakah Nabi Muhammad SAW menyebarkan Islam secara rahsia?

I. Agama Islam masih belum sempurna

II. Perintah Allah menerusi wahyu

III. Bilangan penganut Islam masih kecil

IV. Agama Islam masih baru dikenali

A II dan III C III dan IV

B I dan IV D I dan II

10. Surah al- Muddasir merupakan wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Antara kandungan penting surah tersebut ialah

I. Pentingnya ilmu pengetahuan dalam agama Islam

II. Perlantikan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulullah

III. Penyebaran ajaran agama Islam kepada semua

IV. Penghapusan amalan-amalan jahiliah

A I dan II C III dan IV

B II dan III D I dan IV

11. Apakah sumbangan tokoh tersebut dalam perkembangan Islam?

Al- Arqam bin Abu Arqam


A Mewakafkan rumahnya sebagai pusat penyebaran Islam

B Mengintip kegiatan orang Quraisy

C Meluaskan wilayah pengaruh Islam

D Mengadakan perbahasan dengan Abu Lahab

12.

Tahun 622 Masihi adalah bersamaan 1 Hijrah

Maklumat berikut berkaitan hijrah.

Apakah peristiwa yang menjadi titik tolak permulaan tahun Hijrah?

A Perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah

B Perjanjian Hudaibiyah

C Penaklukan semula Kota Mekah

D Kewafatan Nabi Muhammad SAW

13. Apakah gelaran yang diberikan kepada orang Islam Mekah yang berhijrah ke Madinah?

A Muhajirin

B Ansar

C Kharaj

D Yahudi

14. Kota Madinah dikenali dengan nama ……….. sebelum ketibaan Nabi Muhammad SAW.

A Taif C Tihamah

B Yatrib D Quba

15. Mus’ab bin Umar dihantar Nabi Muhammad SAW ke Madinah selepas Perjanjian Aqabah I ditandatangani. Mengapa?

A Untuk menyebarkan ajaran Islam

B Untuk menyatukan kaum-kaum Arab yang bergeseran

C Untuk membuat persediaan bagi penghijrahan Nabi Muhammad SAW

D Untuk memperkukuhkan pengaruh Nabi Muhammad SAW

16. Antara berikut yang manakah merupakan janji kaum Aus dan Khazraj kepada Nabi Muhammad SAW seperti termaktub dalam Perjanjian Aqabah ke- II yang ditandatangani pada tahun 622M?

I. Membantu Nabi Muhammad SAW

II. Kesediaan mereka mempertahankan Islam

III. Memperkukuhkan taat setia mereka kepada Nabi Muhammad SAW

IV. Menyediakan tempat tinggal untuk orang Islam Mekah

A I, II dan III C I, III, dan IV

B I, II dan IV D II, III, dan IV

17. Pelbagai faktor pendorong kepada peristiwa Hijrah. Antaranya ialah,

I. Cubaan kaum Quraisy Mekah membunuh Nabi Muhammad SAW

II. Dorongan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW

III. Tentangan kaum Quraisy Mekah semakin hebat

IV. Perjanjian Aqabah I dan Perjanjian Aqabah II

A I, II dan III C I, III, dan IV

B I, II dan IV D II, III dan IV

18. Golongan berikut muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Apakah golongan tersebut?

A Al- Ridwan

B Al- Riddah

C Mudejar

D Mawali

Piagam Madinah :

Bahagian pertama : 23 Fasal

Bahagian kedua : 24 Fasal

19.


Bahagian kedua Piagam Madinah menegaskan

A hubungan orang Islam dengan orang bukan Islam

B tanggungjawab orang Islam

C kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin

D tanggungjawab orang bukan Islam

20. Seorang khalifah bertanggungjawab mengatur pungutan jizyah. Apakah yang dimaksudkan dengan jizyah?

A Cukai ke atas orang bukan Islam di negara Islam

B Cukai hasil pertanian orang bukan Islam

C Pemberian 1/10 hasil tanaman kepada pemerintahan

D Pengeluaran sebahagian harta pusaka oleh orang Islam

21. Berdasarkan rajah berikut, apakah sumbangan khalifah tersebut sehingga digelar demikian?

Khalifah Abu Bakar

Penyelamat umat Islam


I. Menghapuskan golongan murtad

II. Menyusun semula sistem ketenteraan

III. Menghapuskan nabi-nabi palsu

IV. Mengumpulkan Al- Quran

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

22. Senarai di bawah berkaitan tokoh-tokoh ilmu Islam yang muncul di Andalus. Mereka dapat dikaitkan dengan bidang..

· Al –Farabi

· Ibn Rusyd

· Ibn Bajati


A Falsafah

B Astronomi

C Bahasa dan sastera

D Matematik

23. Antara berikut, yang manakah syarat perjanjian Aqabah I yang ditandatangani oleh Nabi Muhammad SAW dengan penduduk Madinah?

I. Penduduk Madinah berjanji akan taat setia kepada Nabi Muhammad SAW

II. Penduduk Madinah berjanji tidak akan menyekutukan Allah

III. Penduduk Madinah berjanji tidak akan bercakap bohong, mencuri dan membunuh

IV. Beberapa orang penduduk Madinah dilantik sebagai ketua pergerakan agama dan menyebarkan Islam

A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III, IV

24. Perjanjian Hudaibiyah dimeterai antara pihak Islam dengan Arab Quraisy di Hudaibiyah pada tahun 628 M bersamaan 6 H. Antara berikut yang manakah merupakan kandungan Perjanjian Hudaibiyah?

I. Umat islam dibenarkan mengerjakan umrah hanya pada tahun 629 M

II. Orang Islam Madinah yang memihak ke Mekah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan

III. Orang Islam Madinah dan orang Quraisy Mekah bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun

IV. Kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau Quraisy Mekah

A I, II dan III C I, III dan IV

B I, II dan IV D II, III dan IV

25. Maklumat di bawah dikaitkan dengan proses perlantikan pemimpin kerajaan Islam.

Perakuan sumpah dan taat setia yang diberikan kepada seseorang yang telah dilantik sebagai pemimpin


Penyataan di atas merujuk kepada…

A Baiah

B Ijtihad

C Warak

D Wuduk

26. Rajah di bawah menunjukkan sistem pengairan yang dibina oleh Khalifah Umar al- Khattab.

* Empangan Abu Musa

* Terusan Amirul Mukminin


Mengapakah Khalifah Umar membina sistem pengairan di atas?

A Mengatasi masalah banjir

B Mengelakkan pencemaran air

C Menambah hasil pengeluaran pertanian

D membekalkan air bersih untuk penduduk gurun

27. Negara-negara di bawah merupakan wilayah Islam semasa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan.

* Afghanistan

* Samarkand

* Cyprus

* Tripoli


Bagaimanakah beliau mengukuhkan pertahanan negara-negara Islam tersebut?

A Membina angkatan tentera laut

B Menubuhkan jabatan keselamatan

C Mempelajari taktik peperangan

D Membina markas tentera

28.

Ø Khalid bin al-Walid

Ø Abu Ubaidah al – Jarrah

Ø Saad bin Ubadah

Ø Zubair bin al - Awwam


Apakah peranan penting yang dimainkan oleh tokoh-tokoh di atas?

A pembinaan empayar Islam

B pembukaan semula kota Mekah

C Pembinaan negara Islam di Madinah

D penjalinan hubungan diplomatik dengan kerajaan lain

29. Gelaran Khalifah digunakan pemimpin negara Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW. Apakah erti Khalifah?

A Pemimpin

B Ketua Negara

C Pengganti

D Imam Besar

30. Antara berikut yang manakah merupakan tanggungjawab seorang Khalifah?

I. Pemerintah dan pentadbiran kerajaan

II. Memelihara kemurnian agama Islam

III. Kekalkan kestabilan dan keharmonian umat Islam

IV. Memastikan agama Islam tersebar luas

A I, II dan III C I, III dan IV

B I, II dan IV D II, III dan IV

31. Apakah syarat-syarat atau kriteria yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon khalifah?

I. Lelaki yang kaya

II. Lelaki yang merdeka

III. Mematuhi perintah Allah

IV. Mempunyai akhlak yang baik

A I, II, dan III

B I,II, dan IV

C I,III, dan IV

D II,III, dan IV

32. Sistem hijabah merupakan sekatan atau pemeriksaan yang dilakukan kepada sesiapa yang ingin bertemu dengan khalifah bagi menjamin keselamatan khalifah.

Siapakah yang dikecualikan daripada sistem ini?

I. Pegawai tentera

II. Wazir

III. Ketua pos

IV. Ketua penyedia makanan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

33. Sumber pendapatan kerajaan Bani Umaiyah telah diuruskan oleh baitulmal.

Apakah sumber pendapatan kerajaan Bani Umaiyah?

I. Rusyur

II. Ijtihad

III. Jizyah

IV. Ghanimah

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

34. Kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah disebabkan berlakunya penentangan daripada beberapa golongan.

Siapakah golongan tersebut?

I. Al-Riddah

II. Khawarij

III. Syiah

IV. Murtad

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

35. Perkembangan tamadun Islam telah melahirkan zaman pemulihan budaya di Eropah.

Apakah zaman tersebut?

A Zaman Renaissance

B Zaman Imperialis

C Zaman Reformasi

D Zaman Mudejar

36. Tentera kerajaan Uthmaniyah mempunyai kumpulan elit yang terlatih dalam selok-belok peperangan.

Apakah kumpulan elit tersebut?

A Janissari

B Devshirme

C Balkan

D Ghazi

37. Mimar Sinan merupakan tokoh seni bina Turki yang terkenal. Apakah hasil seni beliau yang paling terkenal.

A Masjid Sultan Selim

B Masjid Sultan Mehmed

C Masjid Sultan Ahmed

D Masjid Sultan Suleiman

38. Kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Bin Erthugul. Antara berikut yang manakah merupakan peristiwa yang menjadi titik tolak peningkatan pengaruh beliau?

A Perlantikan beliau menjadi amir atau gabenor Saljuk

B Kejayaan beliau menumpaskan tentera Byzantine

C Kejayaan beliau menakluki kawasan di sekitar Anatolia

D Terbentuknya kumpulan Janissari yang mahir dalam peperangan

39. Senarai di bawah menunjukkan kota utama kerajaan Bani Umaiyah di Andalusia.

· Seville

· Toledo

· Granada


Kota tersebut terkenal sebagai pusat

A kesenian

B keilmuan

C pertanian

D pentadbiran

40. Pada zaman Umaiyah di Andalus lahir golongan yang dikenali sebagai Mozarab. Mereka ialah…

A Kumpulan elit yang sangat terlatih dalam selok-belok peperangan

B Kumpulan ahli sufi dan para pendakwah ke Sepanyol

C Orang Kristian tempatan yang mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab

D Orang Islam setempat yang terus tinggal di kawasan pemerintahan orang Kristian

Jawapan :

1) _____ 11) _____

2) _____ 12) _____

3) _____ 13) _____

4) _____ 14) _____

5) _____ 15) _____

6) _____ 16) _____

7) _____ 17) _____

8) _____ 18) _____

9) _____ 19) _____

10) _____ 20) _____

21) _____ 31) _____

22) _____ 32) _____

23) _____ 33) _____

24) _____ 34) _____

25) _____ 35) _____

26) _____ 36) _____

27) _____ 37) _____

28) _____ 38) _____

29) _____ 39) _____

30) _____ 40) _____