Website counter

Saturday, October 15, 2011

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Berdasarkan rancangan pengajaran huraian penerapan unsur-unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam mata pelajaran sejarah tingkatan tiga iaitu tajuk Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu dapat dilihat dan diteliti dengan lebih jelas. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Unsure-unsur FPK yang terkandung dalam FPK ini boleh dibahagikan kepada aspek Intelek, Rohani, Jasmani dan juga Emosi. Seperti apa yang terkandung dalam FPK mengatakan bahawa matlamat pendidikan ialah seharusnya melahirkan individu yang seimbang dari aspek Intelek, Rohani, Jasmani dan juga Emosi. Secara keseluruhannya, matlamat sebenar pendidikan negara ialah untuk melahirkan seorang individu yang sempurna bagi menjadi warganegara yang baik dan berguna kepada negara. Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani).

Unsur-unsur FPK dapat diterjemahkan dalam mata pelajaran sejarah tingkatan tiga melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dalam proses pembelajaran yang diajar, unsure Intelek dilihat melalui bagaimana pelajar belajar untuk memahami secara terperinci dengan lebih jelas apa sebenarnya yang terkandung dalam pentadbiran Malayan Union (MU). Guru akan menyatakan dengan menghubungkaitan sesuatu fakta yang ada melakukan penerangan mengenai perkembangan Malayan Union di Tanah Melayu. Pelajar akan berfikir dan menghubungkaitan fakta diterangkan untuk membuat kesimpulan tentang maksud sebenar dasar British mahu mewujudkan pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu. Setelah memahami maksud sebenar dasar British tersebut, semangat patriotik akan di pupuk dalam diri pelajar. Pelajar akan lebih mengetahui tentang scenario sebenar yang berlaku dalam politik Tanah Melayu pada waktu Malayan Union hendak di wujudkan oleh British.

Dalam hal ini, secara tidak langsung akan membantu pelajar untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif untuk membuat satu pemahaman yan sebenar dalam pembelajaran tersebut. Melalui aktiviti soal jawab antara pelajar dan guru, unsur FPK dalam aspek Intelek dapat jelas dilihat bagaimana seorang pelajar yang menjawab soalan guru secara tidak langsung telah diterapkan dengan unsure FPK kerana telah bersedia untuk berkongsi ilmu dengan rakan sekelas dan guru melalui pemahamannya. Pelajar yang memahamni tentang isi pembelajaran yang diajarkan kan lebih berpotensi dan akan menyebarkanluaskan ilmu mereka kepada individu lain dan sekitarnya. Melalui proses ini, pendidikan akan berlaku secara berterusan. Melalui proses pendidikan secara berterusan inilah yanga akan membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling mereka.

Dalam pada itu, unsur FPK yang diterjemahkan dalam pembelajaran memahami pentadbiran MU dapat dilihat dari aspek Rohani. Dalam pembelajaran, guru menerangkan bagaimana kuasa sultan yang dianggap berkuasa telah kehilangan kuasa dalam pelbagai hal. Dasar British memperkenalkan MU telah membuatkan sultan terpinggir. Hak sultan membuat keputusan semakin dinafikan melalui cara Mac Michael mandapatkan tandatangan persetujuan penubuhan MU. Berikutan penerangan guru tersebut, telah melahirkan nilai simpati di kalangan para pelajar terhadap kesusahan orang lain.

Semangat cinta kepada negara dan bersedia berkorban demi bangsa dan negara di serapkan dalm diri pelajar. Pelajar akan mengambil iktibar dan panduan serta akan lebih menghayati semangat perjuangan tokoh-tokoh terdahulu mempertahankan hak dan kedaulatan negara daripada dijajah. Pelajar akan bersyukur dan berterima kasih kepada pejuang tanahair yang bersungguh-sungguh melakukan penentangan terhadap penubuhan dasar MU di Tanah Melayu. Sikap toleransi antara kaum perlu diwujudkan dalam diri pelajar agar negara dapat sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Kerjasama, persefahaman dan bertolak ansur antara kaum perlu sewaktu usaha menghalang Malayan Union. Berikutan itu, pelajar akan lebih memahami tentang erti bertoleransi antara kaum. Nilai bersatu padu dan semangat nasionalisme akan wujud setelah mengambil contoh tokoh-tokoh terdahulu dalam usaha mereka mempertahankan kedaulatan negara. Semangat patriotik inilah yang hendak diterbitkan dlam diri setiap pelajar.

Selain daripada itu, unsur FPK dalam aspek Jasmani dapat dilihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan menyedari tentang kepentingan menjaga kesihatan diri. Unsur Jasmani ini dilihat daripada sesi soal jawab antara pelajar dengan guru dan perbincangan antara pelajar untuk menjawab soalan yang diberikan kepada mereka oleh guru. Interaksi akan berlaku di dalam proses P&P yang akan melahirkan rasa keyakinan kepada setiap pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka. Dapat dilihat secara langsung, pelajar akan menggunakan kecerdasan fizikal untuk berfikir bagi menjawab soalan diberikan oleh guru.

Komunikasi antara guru dan pelajar berlaku dalam keadaan dua hala. Guru akan bertanya beberapa soalan dan pelajar akan menjawab juga sebaliknya. Proses ini dapat mewujudkan sikap hormat pelajar kepada guru dan juga sesama pelajar di dalam kelas. Apabila guru memberikan penerangan, pelajar akan diam dan mendengar serta mengambil nota. Begitu juga apabila pelajar mengajukan soalan, guru dan rakan sekelas yang lain akan memberikan penumpuan dan diam menunjukkan tanda hormat sewaktu rakan bercakap. Melalui tugasan yang diberikan guru kepada pelajar untuk memplot peta negeri-negeri MU dapat mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif di kalanagan pelajar. Unsur Jasmani juga dapat dilihat melalui kemahiran bersosial di dalam kelas. Setiap pelajar akan diberikan peluang menjawab soalan dan membuat pertanyaan kepada guru.

Dalam pada itu, penterjemahan unsur-unsur FPK dapat dilihat dalam segi Emosi melalui pembelajaran tersebut. Penerangan yang diberikan oleh guru berkaitan dengan penentangan yang dilakukan oleh penduduk Tanah Melayu membangkitkan rasa berani dalam diri pelajar untuk mempertahankan hak dan kedaulatan negara daripada dirampas oleh tanagn penjajah. Semangat yang begitu kental penentangan orang-orang Melayu bersatupadu bangkit menentang Malayan Union yang dikatakan mempunyai satu kuasa besar telah memberikan satu inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk membina keyakinan diri. Kemampuan penduduk Tanah Melayu yang menentang kuasa British untuk menubuhkan Malayan Union menjadikan pendorong kepada pelajar untuk lebih meyakini kemampuan diri mereka. Semangat keyakinan itu akan lebih terserlah jika mereka bersatupadu untuk melakukan sesuatu perkara. Pelajar-pelajat akan mengambil pengajaran dan contoh jasa pejuang-pejuang terdahulu untuk di isi dalam diri mereka. Dalam proses ini dapat dilihat nilai untuk menghargai orang lain yang telah memberikan sumbangan dan jasa terhadap negara dan bangsa. Semangat nasionalisme secara tidak langsung telah diterapkan dalam diri pelajar.

Dalam proses P&P melalui sesi soal jawab antara pelajar dan guru akan memupuk semangat berani pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu isu. Pemikiran pelajar akan lebih matang dan satabil untuk menjawab soalan setelah menilai dan mengenalpasti kehendak soalan. Pelajar akan menjawab soalan tersebut dengan lebih bernas dengan memberikan idea dan hujah-hujah yang tepat setelah mencirikan dan mensintesis sesuatu fakta yang di pelajari. Secara keseluruhannya pelajar akan dapat mewujudkan semangat kekitaan dan perpaduan sesama kaum untuk sentiasa memelihara negara dan menjaga kedaulatannya.

No comments:

Post a Comment