Website counter

Saturday, October 15, 2011

KURIKULUM KREATIF


Kurikulum kreatif adalah berdasarkan daripada teori yang dibawa oleh Erik Erikson, Jean Piaget, Vygotsky dan Howard Gardner. Kurikulum kreatif merupakan satu pendekatan menyeluruh berdasarkan kepada kefahaman berkenaan sosial/emosional, fizikal dan kognitif perkembangan kanak-kanak dan cara bagaimana mereka belajar. Kandungan kurikulum kreatif adalah salah satu teori berdasarkan kepada kajian teori usia awal kanak-kanak.Terdapat lima komponen menjadi panduan kajian iaitu, bagaimana kanak-kanak membesar dan belajar, belajar daripada persekitaran, apa yang kanak-kanak pelajari, berpandukan guru dan keluarga. Kurikulum kreatif mengandungi empat bidang iaitu, sosial dan emosi, fizikal, kognitif dan perkembangan berbahasa.

Pertama ialah perkembangan sosial dan emosi iaitu perasaan mengenali diri sendiri dan berkaitan orang lain samada bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa. Cara berpelakuan menunjukkan simpati kepada keadaan sekeliling. Sebagai contoh saling berkongsi dan bertolak ansur. Selain itu memegang tanggungjawab terhadap diri dan orang lain dengan mengikuti peraturan dan menghormati orang lain.

Kedua perkembangan fizikal melalui pergerakan. Sebagai contoh pergerakan otot dalam tubuh terutama tangan dan kaki secara sedar dan sengaja. Pencapaian motor iaitu menggunakan kawalan halus dan koordinasi otot kecil di tangan dan pergelangan tangan.

Ketiga ialah berkaitan dengan perkembangan kognitif. Belajar dan menyelesaikan masalah yang bertujuan untuk mendapatkan dan menggunakan maklumat, sumber daya dan bahan. Manakala pemikiran logik pula iaitu pengumpulan dan membuat maklumat dengan membandingkan, menyusun, mengkategorikan, menghitung, mengukur, dan mengenali pola. Mewakili dan berfikir secara simbolik menggunakan objek dalam cara yang unik. Contohnya cawan digunakan sebagai talifon.

Terakhir ialah perkembangan bahasa. Memahami dan berkomunikasi melalui kata-kata,verbal, non-verbal, dan bertulis. Bahasa adalah alat utama untuk membina dan mengekalkan hubungan dengan orang dewasa dan kanak-kanak lain.

No comments:

Post a Comment