ABSTRAK
Artikel yang dikaji adalah bertajuk ‘Dana Jepun untuk meningkatkan
Kesan daripada dasar industri liberal, Jepun tidak terkecuali untuk melaburkan modal yang berjuta-juta dolar kepada industri di Asia. Modal dasar yang telah dilaburkan Jepun yang diberikan status perintis kepada
Produk Jepun memperolehi pasaran yang luas di
Beberapa pelabur Jepun telah datang ke negara ini untuk meninjau potensi pelaburan dan mendapati taraf hidup telah meningkat. Hal ini menyebabkan pelaburan kurang meningkat jika dibandingkan dengan jumlah yang telah dilaburkan. Jepun telah membuktikan barangan hasil keluaran mereka adalah setanding dengan jenis jenama negara lain. Barang transistor keluaran Jepun telah meduduki jumlah jualan yang tinggi di negara ini jika dibandingkan dengan buatan negara lain.
Industri Jepun semakin maju hinggakan
1.0 Pengenalan
Hubungan Malaysia-Jepun telah bermula sejak 24 November 1957 apabila Perdana Menteri
Bagi memperluaskan ekonominya, Jepun telah melakukan banyak pelaburan ke atas negara-negara lain. Jepun telah memindahkan sebahagian besar daripada kemampuan sektor pembuatan ke
Kebanyakan pelaburan di
2.0 Keadaan Jepun Masa Dulu
Sebelum muncul sebagai sebuah negara yang maju pada masa kini, dan sebelum pemulihan yang dilakukan Meiji pada tahun 1868, selama kira-kira 250 tahun, Jepun telah menjalankan dasar pemencilan yang relatif daripada dunia luar. Dasar ini telah diwujudkan semasa Jepun berada di bawah pemerintahan Shogun Tokugawa.[4] Pemerintahan Shogun Tokugawa ini tidak membawa sebarang perkembangan tamadun sebaliknya hanya mendorong kepada kemiskinan masyarakat Jepun. Dasar ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh maharaja pada tahun 1633, 1635, 1639.[5]
Setelah kejatuhan Keshogunan, maka bermulalah zaman pemerintahan Meiji. Meiji telah membuka semula dasar tutup pintu Jepun kepada buka pintu. Dasar luar semasa pemerintahan Meiji merupakan perkara yang amat menarik dan penting kepada masyarakat Jepun. Zaman Meiji ini adalah merupakan zaman transformasi Jepun ke arah kemodenan negara yang lebih kuat. Penghapusan sistem feudal telah membuka peluang kepada golongan peniaga, pedagang dan pemborong menjalankan perniagaan. Banyak tanah yang telah dimajukan membawa kepada kemunculan golongan industri.[6]
Bermula tahun 1895, Jepun telah mengalami perubahan ekonomi yang pesat. Banyak kemajuan yang telah dicapai dalam sisitem perusahaan moden, pembinaan, perkapalan dan juga perniagaan dan perdagangan luar negeri yang menunjukkan bukti kemajuannya.[7] Penguasaan
3.0 Ekonomi Jepun Masa Kini
Kejayaan ekonomi Jepun yang mantap telah menjadi model ikutan untuk negara-negara Asia Timur bahkan juga bagi negara kuasa besar lain setelah Jepun bangkit daripada kemusnahan Perang Dunia Kedua. Kemusnahan yang dihadapi negara ini meliputi daripada segala segi. Namun pada masa kini, ekonominya telah melonjak tinggi kepada tahap kedudukan terpenting dalam arena antarabangsa pada awal tahun 1960-an.[8]
3.1 Faktor Menyumbang Kepada Kepesatan Pertumbuhan Jepun dan Kesan Terhadap Malaysia
Terdapat beberapa faktor yang telah menyumbang Jepun mencapai kemajuanya hingga kini. Pertamanya adalah kerana pelaburan yang tinggi. Sumbangan para penabung kecil yang selari dengan kehendak industri berkenaan, yang telah dilaburkan semula dalam bentuk keluaran dalam negara kasar kebangsaan yang besar, dari segi keluaran yang produktif, terutamanya perusahaan barangan modal.[9] Jepun turut membuat pelaburan di
Selain itu faktor lain ialah kerana tenaga buruh berpendidikan tinggi yang semakin bertambah sepanjang tahun 1960-an.[11] Hal tersebut adalah kerana faktor kelahiran yang meningkat selepas perang berakhir. Pertumbuhan penduduk Jepun semakin bertambah tahun ke tahun. Pada tahun 1980-an jumlah penduduk Jepun meningkat sebanyak 117 juta.[12] Selepas tahun tersebut barulah jumlah pertumbuhan penduduk menjadi mendatar. Jumlah penduduk Jepun yang ramai ini telah mendorong negara tersebut untuk mendapatkan barangan keperluan daripada Malaysia seperti getah, besi waja dan bijih timah. Jumlah penduduk yang semakin meningkat ini juga telah menyebabkan Jepun sangat bergantung kepada perdagangan asing.[13] Sebahagian besar barangan keperluannya, Jepun terpaksa membeli dari negara luar bagi mendapatkan bahan mentah, bahan bakar dan juga keperluan bahan makanan.
Faktor seterusnya ialah disebabkan berlakunya transformasi inovasi penciptaan teknologi yang semakin canggih Jepun. Kemunculan ramai golongan berpendidikan tinggi telah melahirkan pakar-pakar serta jurutera yang berusaha untuk memulihkan semula kemampuan negara tersebut bersaing dengan negara lain melalui penciptaan teknologi mereka. Walaupun sesetengah barangan yang dihasilkan hanya peniruan daripada barangan asing, namun hasil kualiti yang telah diubahsuai adalah lebih baik.[14] Bidang mutu Jepun adalah lebih baik jika dibandingkan dnegan Amerika Syarikat dan Eropah.[15] Kebanyakan pengetahuan Jepun telah dihasilkan di tempat lain dan sebahagian besarnya di Amerika Syarikat. Hingga kini Jepun masih banyak mengimport pengetahuan daripada yang dieksportnya.[16]
Terdapat juga faktor luaran yang telah membawa kemajuan industri di Jepun. Keadaan antarabangsa yang meluas telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan ekonomi Jepun. Sekatan antarabangsa telah dikurangkan dan pasaran dunia dibuka membawa kepada perdagangan antrabangsa memasuki era peluasan yang hebat.[17] Penyertaan Jepun dalam GATT (Perjanjian Umum tentang Tarif dan Perdagangan) seterusnya semakin membuka peluang Jepun untuk pasaran eksportnya. Jepun bukan sahaja mengimport barangan daripada Malaysia malah telah mengeksport barangan keluaran mereka seperti radio, kereta dan juga transistor yang mencatat jumlah permintaan tertinggi di Malaysia.
Selain itu, Jepun turut membawa masuk teknologi mereka ke dalam Malaysia untuk mewujudkan kerjasama industri. Hal ini membawa keuntungan kepada Malaysia kerana mendapat peluang kepakaran dari Jepun untuk diaplikasikan dalam industri negara. Hinggakan pada tahun 1970-an, Malaysia telah berjaya mencapai kemajuan pesat dalam eksport barang keluaran kilang. Di antara tahun 1970 dan 1975 eksport barang keluaran kilang telah bertambah lebih daripada 14%. Industri tersebut ialah keluaran kayu, kain dan pakaian, getah dan komponen-komponen elektronik dan pemasangannya.[18]
Kerjasama transnasional Jepun dengan beberapa pertubuhan memberikan peluang Jepun meluaskan pasaran perniagaanya. Produk pembuatan tidak lagi hanya dibuat di sesebuah negara sahaja. Produk tersebut mungkin direka bentuk di Jepun, komponennya dibekalkan dari Taiwan, dipasang di Malaysia dan akhirnya dipasarkan di Thailand untuk pasaran dunia.[19] Jepun seterusnya telah melakukan perubahan daripada pengeluaran hasil tekstil kepada industri berat. Malaysia juga turut mendapat keuntungan kerana Jepun telah mengimport bahan mentah seperti bijih timah untuk industri elektroniknya. Sebahagian besar eksport bijih besi Malaysia adalah juga bergantung kepada Jepun.[20]
4.0 Hubungan Kerjasama Malaysia- Jepun
Hubungan di antara Malaysia-Jepun bermula pada 24 November 1957 apabila Perdana Menteri Jepun yang pertama iaitu Kishi Nobusuke melakukan lawatannya ke Malaysia. Beliau merupakan Perdana Menteri asing pertama yang melawat
Hubungan ekonomi yang terjalin ini telah diteruskan oleh Perdana Menteri berikutnya iaitu Tun Razak. Hubungan ini dapat diteruskan apabila Jepun sekali lagi menghulurkan bantuan pembiayaan sebahagiaan besar projek pembangunan melalui Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA).
Pada era Tun Dr. Mahathir pula, beliau telah memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur pada lewat tahun 1981 bertujuan mempelajari dan mencontohi Jepun.[23] Manakala pada era Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau telah menegaskan akan meneruskan Dasar Pandang Ke Timur tersebut dalam lawatan Kemuncak Memperingati ASEAN-Jepun. Hinggalah kini, di zaman Najib Tun Razak, hubungan Malaysia-Jepun terus terjalin dan dasar-dasar yang telah sedia ada masih diteruskan. Dalam aspek ekonomi misalnya, perdagangan antarabangsa
5.0 Perlaksanaan Dasar
Bagi mengukuhkan kestabilan ekonomi
5.1 Dasar Pandang Ke Timur
Dasar ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri keempat
Telah lebih
Dasar Pandang Ke Timur ini bukanlah bermakna bahawa Malaysia mengurangkan hubungan dagangannya dengan rakan-rakan yang ada sekarang. Sebaliknya, kerajaan akan terus memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan dengan rakan-rakan bukan tradisional di samping terus mengekalkan dan memajukan hubungan perdagangan yang sedia ada selaras dengan kepentingan negara. Dasar ini telah memberi kesan yang besar terhadap usaha-usaha memajukan negara seterusnya dasar ini dapat membantu kerajaan untuk meninggikan prestasi dan daya pengeluaran negara ini. Di samping itu ianya boleh menjadi asas pengwujudan sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif.
5.2 Dasar Luar Negara
Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia telah membentuk beberapa polisi hubungan luar negaranya. Dasar luar negara dianggap satu alat yang diperlukan oleh sesebuah negara untuk berhubung dan berinteraksi dengan sesebuah negara lain sama ada jiran mahupun negara yang jauh daripadanya.[30] Hal ini kerana kejayaan sesebuah negara bergantung kepada keupayaanya menerima dan menyesuaikan diri dengan pengaruh global. Objektif asas dan utama Dasar Luar Malaysia adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan nasional di arena antarabangsa selain bertujuan menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial negara tersebut. Dasar ini juga dapat memupuk hubungan baik serta dapat mengeratkan kerjasama dengan negar-negara lain. Selain itu, pendirian serta kepentingan negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia sendiri dapat dipertahankan di arena antarabangsa.
Kerjasama Malaysia-Jepun telah membuka banyak peluang kepada peningkatan ekonomi kedua-dua negara tersebut. Kedudukan strategik Malaysia telah menarik pelabur bagi operasi luar mereka. Persekitaran perniagaan Malaysia diserlahkan lagi dengan kedudukan lokasinya di tengah-tengah Asia Tenggara yang membolehkannya memenuhi pasaran ASEAN (Association of Southeast Asian Nations). ASEAN mempunyai pasaran yang lebih baik apabila tertubuhnya Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA). Perjanjian terhadap Tarif Keutamaan Efektif Am (CEPT) untuk AFTA yang meliberalkan perdagangan ASEAN melalui pengurangan tarif secara beransur-ansur bertujuan untuk mewujudkan kawasan perdagangan bebas dalam masa lima belas tahun bermula satu Januari 1993.[31] Dengan mewujudkan pusat pengeluaran di Malaysia, pengilang boleh mengeksport ke negara anggota ASEAN lain dengan bebas atau dengan duti import yang minimum.
Malaysia juga menggalakkan pelabur-pelabur asing dalam sektor pembuatan dan menerapkan pendekatan global untuk mengerakkan pembangunan industri. Langkah utama Malaysia menggalakkan pelabur asing juga dapat dilihat dengan pembukaan pejabat seberang laut oleh Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) sejak tahun 1972, iaitu di negara yang mengeksport modal dan teknologi.[32] Malaysia sentiasa mengalu-alukan pelabur Jepun untuk melakukan pelaburan mereka. Galakkan tersebut telah menjadikan Jepun sebagai negara pelabur terbesar di Malaysia. Pelaburan Jepun meningkat sebanyak 91.2% daripada RM 2.3 bilion pada 1995 kepada RM 4.4 bilion pada 1996.[33] Tumpuan pelaburan yang dilakukan adalah ke atas industri elektrik dan elektronik.
6.0 Kesimpulan
Walaupun Jepun pernah menjajah Malaysia suatu ketika dulu, namun sebagai sebuah negara yang berfikiran jauh, Malaysia masih juga mahu menjalin hubungan dengan negara Jepun. Hal ini disebabkan banyak kelebihan dan manfaat yang diperolehi Malaysia yang telah disalurkan oleh Jepun dalam segala hal terutamanya dari segi pembangunan ekonomi. Pelaburan yang dilakukan Jepun sahaja telah mencatat jumlah terbesar dalam industri di Malaysia secara tidak langsung membantu Malaysia untuk membangunkan ekonominya bersaing dengan negara-negara lain.
Hubungan antara Malaysia-Jepun wujud adalah kerana berlaku saling kebergantungan antara kedua-dua buah negara tersebut. Permulaan kemajuan negara Jepun juga dibantu oleh Malaysia kerana Jepun memerlukan bahan-bahan mentah seperti getah dan bijih timah daripada Malaysia. Manakala Malaysia pula memerlukan modal pelaburan daripada Jepun untuk membuka tapak-tapak perindustrian. Pada abad digital kini juga kebergantungan itu masih boleh dilihat. Malaysia mempunyai kemahiran tenaga manusia dalam bidang tertentu yang agak murah dan dapat digunakan oleh syarikat Jepun walaupun tidak ditempatkan di Malaysia. Manakala Jepun pula memiliki teknologi multimedia yang dapat memaninkan peranan dalam dunia ekonomi tanpa sempadan.
Kesimpulannya, hubungan kerjasama antara Malaysia dan Jepun telah membantu kedua-dua buah negara untuk sama-sama meningkatkan ekonomi dan juga kemajuan negara masing-masing. Kini Malaysia telah mampu bersaing dan memiliki teknologi yang setanding dengan negara-negara lain. Ekonomi Malaysia juga menjadi semakin mantap dan industri Malaysia telah mampu menghasilkan barang keluaran buatan sendiri untuk pasaran eksport.
Rujukan:
Abdullah Zakaria Ghazali, Azharuddin Mohamad Dali, Azhar Mad Aros dan Suffian Mansor (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Shah Alam: Fajar Bakti.
Dasar pandang ke timur (2006). Diperoleh pada September 26, 2010 daripada http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/DASAR/DASAR%20PANDANG%20KE%20TIMUR%201.pdf
Dasar pandang ke timur (2008). Diperoleh pada September 26, 2010 daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=240:dasar-pandang-ke-timur&catid=88:dasar-dasar-negara
Duncan McCargo (2008). Jepun masa kini (Ruslan Zainuddin, Terjemah). Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan Negara Malaysia.
G. C Allen (1989). Ekonomi negara Jepun (Sulung Muhamad, Terjemah). Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu.
Ghazali Darusalam (2001). Tamadun Islam dan tamadun Asia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1978). Asia dalam perubahan. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books Sdn. Bhd.
Harcharan Singh Khera (1972). Problems & prospects of the Malaysian economy. Petaling Jaya: Khera Sdn. Bhd.
Harold M. Vinacke (1967). Sejarah Timor jauh dalam zaman moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kevin Young, William C. F Bussink (1980).
Mahathir Mohamad (1999). Kebangkitan semula
Mahathir Mohamad (2003). Pengurusan ekonomi
Mahathir Mohamad (2003). Kerjasama serantau dan ekonomi digital: Ucapan pilihan Dr. Mahathir Mohamad (Rahhayu Ibrahim dan Suziana Abd Aziz, Terjemah).
Mahathir Mohamad (2003). Lingkaran pasifik dalam abad ke-21: Hubungan dan kerjasama Asia-Pasifik (Jurina Pieei, Terjemah).
Md. Nasrudin (2010). Dinamisme hubungan bilateral Malaysia-Jepun. Diperoleh pada September 23, 2010 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
Mohd Salleh Abdul Majid (1993). Fokus Ekonomi. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.
Peter F. Drucker. (1995). Masyarakat pasca kapitalis (Nazlifa Md. Ali, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rashidah Mamat (2008). Malaysia pembinaan negara bangsa: Dasar-dasar negara. Pulau Pinang: Zammas X’Press Niaga.
Wolf Mendl (1995).
[1] Md. Nasrudin (2010). Dinamisme hubungan bilateral Malaysia-Jepun. Diperoleh pada September 23, 2010 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
[2] Duncan McCargo (2008). Jepun masa kini (Ruslan Zainuddin, Terjemah). Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan Negara Malaysia Hlm. 171.
[3] Mahathir Mohamad (2003). Pengurusan ekonomi Malaysia (Mokhtar Ahmad, Terjemah). Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Hlm. 145.
[4] Ghazali Darusalam (2001). Tamadun Islam dan tamadun Asia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Hlm. 308.
[5] Abdullah Zakaria Ghazali, Azharuddin Mohamad Dali, Azhar Mad Aros dan Suffian Mansor (2000). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan
[6] Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1978).
[7] Harold M. Vinacke (1967). Sejarah Timor jauh dalam zaman moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 448.
[8] Mahathir Mohamad (1999). Kebangkitan semula Asia (Mohd Satar Hashim, Terjemah). Selangor: Pelanduk Publications. Hlm. 93.
[9] Duncan McCargo (2008). Jepun masa kini (Ruslan Zainuddin Terjemah). Hlm. 34.
[10] Wolf Mendl (1995). Japan’s Asia policy: Regional security and global interests. London: Routledge. Hlm. 101.
[11] Duncan McCargo (2008). Jepun masa kini (Ruslan Zainuddin, Terjemah). Hlm. 34.
[12] Ibid. Hlm. 34.
[13] G. C Allen (1989). Ekonomi negara Jepun (Sulung Muhamad, Terjemah). Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu. Hlm. 187.
[14] Duncan McCargo (2008). Jepun masa kini (Ruslan Zainuddin, Terjemah). Hlm. 34-35.
[15] Mohd Salleh Abdul Majid (1993). Fokus Ekonomi. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. Hlm. 73.
[16] Peter F. Drucker. (1995). Masyarakat pasca kapitalis (Nazlifa Md. Ali, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 171.
[17] Duncan McCargo (2008). Jepun masa kini (Ruslan Zainuddin, Terjemah). Hlm. 36.
[18] Kevin Young, William C. F Bussink (1980).
[19] Dr. Mahathir Mohamad (2003). Kerjasama serantau dan ekonomi digital: Ucapan pilihan Dr. Mahathir Mohamad (Rahhayu Ibrahim dan Suziana Abd Aziz, Terjemah). Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Hlm. 117.
[20] Harcharan Singh Khera (1972). Problems & prospects of the Malaysian economy. Petaling Jaya: Khera Sdn. Bhd. Hlm. 32.
[21]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
[22]Ibid. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
[23] Mahathir Mohamad (1999). Kebangkitan semula
[24]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
[25] Dasar pandang ke timur (2006). Diperoleh pada September 26, 2010 daripada http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/DASAR/DASAR%20PANDANG%20KE%20TIMUR%201.pdf
[26] Mahathir Mohamad (1999). Kebangkitan semula
[27] Dasar pandang ke timur (2008). Diperoleh pada September 26, 2010 daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=240:dasar-pandang-ke-timur&catid=88:dasar-dasar-negara
[28] Mahathir Mohamad (1999). Kebangkitan semula
[29] Mahathir Mohamad (2003). Kerjasama serantau dan ekonomi digital: Ucapan pilihan Dr. Mahathir Mohamad (Rahhayu Ibrahim dan Suziana Abd Aziz, Terjemah)(. Hlm. 79.
[30] Rashidah Mamat (2008).
[31] Dr. Mahathir Mohamad (2003). Lingkaran pasifik dalam abad ke-21: Hubungan dan kerjasama Asia-Pasifik (Jurina Pieei, Terjemah).
[32] Ibid. Hlm. 31.
[33] Mahathir Mohamad (2003). Kerjasama serantau dan ekonomi digital: Ucapan pilihan Dr. Mahathir Mohamad (Rahhayu Ibrahim dan Suziana Abd Aziz, Terjemah). Hlm. 80.
No comments:
Post a Comment