Website counter

Saturday, October 15, 2011

Rancangan Pengajaran Harian Sejarah

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

NAMA GURU : NURSUHADAH BINTI MOHAMAD RAMDZAN

KAEDAH : KOPERATIF

TARIKH : 17 MAC 2011

HARI : KHAMIS

MASA : 4.00 PM – 4.40 PM (40 MINIT)

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SEJARAH

TINGKATAN : 1 RK 1

BIL. PELAJAR : 33 ORANG

TAJUK PELAJARAN : WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

OBJEKTIF AM : MEMAHAMI CIRI-CIRI EKONOMI DI NEGERI MELAYU

OBJEKTF KHUSUS : Pada akhir pengajaran pelajar dapat :

1) Menerangkan kegiatan-kegiatan ekonomi di negeri-negeri Melayu.

2) Membezakan antara sistem kerah dan serah.

3) Menyenaraikan tiga dari empat sistem cukai.

KEMAHIRAN FOKUS : Membaca dan mengenal pasti konsep sistem serah dan kerah dan ciri-ciri ekonomi di negeri-negeri Melayu bagi mendapatkan maklumat mengenai pengaruhnya terhadap sistem pemerintahan negara.

KEMAHIRAN SAMPINGAN : 1) Berbincang dan menentukan maklumat tersurat dan tersirat

2) Melakar dalam bentuk peta konsep dan membuat catatan daripada bahan yang didengar dan dibaca.

PENYERAPAN : 1) Ilmu : Ekonomi, Geografi

2) Nilai : Taat setia, sedia berkorban, menghormati pemerintah, berganding bahu rakyat dan pemerintah.

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Pelajar telah mempelajari peninggalan warisan Kesultanan Melayu melalui aktiviti ekonominya.

SUMBER PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN : Buku teks (Warisan Kesultanan Melayu), kad-kad gambar, lembaran kerja, slide show.

LANGKAH

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI GURU

AKTIVITI PELAJAR

BBM

NILAI

Induksi set

(5 minit)

Mempamerkan kad-kad gambar.

1) Guru mempamerkan kad-kad gambar kepada pelajar.

2) Guru meminta pelajar mengenal pasti gambar yang dipamerkan dan memberitahu apa yang mereka tahu berkaitan gambar tersebut.

3) Guru menunjukkan contoh sistem mata wang pada zaman dulu iaitu siput geweng atau siput gerus.

1) Pelajar memerhatikan kad-kad gambar yang ditunjukkan

2) Pelajar memberikan jawapan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan tahap kefahaman mereka.

Kad-kad gambar berkaitan aktiviti ekonomi.

Kegigihan

LANGKAH 1

(5 minit)

Ciri-ciri kegiatan ekonomi yang dijalankan

serta perkaitan dengan cukai, sistem serah dan kerah.

Soalan kepada pelajar mengikut kumpulan:

- Apakah dimaksudkan dengan cukai dan jenis-jenis cukai yang anda tahu?

1) Guru meminta pelajar membentuk lima kumpulan dan guru mengedarkan bahan kepada setiap kumpulan.

2) Guru memberi soalan kepada pelajar dan menghendaki pelajar menjawab soalan diberikan dalam kertas yang disediakan guru.

1) Pelajar membentuk kumpulan masing-masing

2) Pelajar membuat perbincangan jawapan dan menulis dalam kertas jawapan diberikan.

Kertas jawapan A4, buku teks.

Kreatif

LANGKAH 2

(5 minit)

Jawapan:

- Cukai ialah bayaran yang dikenakan ke atas hasil.

- Empat jenis cukai ialah: cukai labuh, cukai bebas kuala, cukai kepala, cukai tanaman.

1) Guru meminta wakil setiap kumpulan bangun untuk mempamerkan dan membaca jawapan mereka secara bergilir-gilir.

2) Guru mempamerkan jawapan di slide show.

1) Wakil setiap kumpulan bangun dan mempamerkan jawapan mereka dan membuat perbandingan dengan jawapan guru.

Kertas jawapan, slide show.

Kerjasama, bertolak ansur.

LANGKAH 3

(10 minit)

Konsep, kesan dan kepentingan sistem serah dan kerah

Soalan kepada pelajar:

- Sistem serah dan kerah memberi kesan kepada ekonomi. Bincangkan.

1) Guru memberikan soalan kepada pelajar untuk berbincang.

1) Pelajar membuat perbincangan dalam kumpulan soalan yang diberikan guru dan menulis dalam kertas majung.

Kertas majung, buku teks.

Kerjasama, tolak ansur.

LANGKAH

4

(10 minit)

Jawapan guru:

· Kekurangan tenaga buruh

· Tiada teknologi canggih

· Petani sibuk menjalankan kerja kerah sahaja

· Hasil 1/10 terpaksa diserahkan kepada pemerintah

· Cukai turut bertambah jika hasil bertambah

· Keinginan mengumpul harta tertumpu pada pemerintah

1) Pelajar di minta untuk membentangkan hasil perbincangan.

2) Guru mempamerkan jawapan dari guru di slide show.

1) Wakil pelajar ke hadapan dan membentangkan jawapan mereka dan membandingkan dengan jawapan guru.

Kertas majung, slide show.

Kerjasama, tolak ansur.

Penilaian

(5 minit)

Aktiviti penilaian / pengukuhan.

1) Guru meminta pelajar secara sukarela untuk merumuskan apa yang telah dipelajari.

2) Rumusan dari guru.

1) Pelajar bangun dan membuat rumusan apa telah dipelajari.

No comments:

Post a Comment