Website counter

Saturday, October 15, 2011

Penilaian dan Pentaksiran

Penilaian dan Pentaksiran

Penilaian ialah proses pengumpulan maklumat, proses membuat analisis yang dilakukan selepas peperiksaan dan pentaksiran. Penilaian dibuat bagi bertujuan mengetahui keupayaan, kemahiran, atau pengetahuan asas sedia ada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar.

Menurut Abu Bakar Nordin (1986), pentaksiran merupakan suatu proses yang meliputi penentuan objektif, pengutipan maklumat dan pembentukan kesimpulan. Apabila proses ini berjalan dengan sistematik dan saintifik maka keputusan yang dibuat akan lebih tepat dan dengan itu dapat memenuhi tujuan keputusan dibuat. Seorang guru boleh mengukur dan menilai murid menerusi semakan latihan nota, jawapan atau keputusan ujian mingguan, bulanan atau tahunan, aktiviti perseorangan atau berkumpulan, menyoal murid, menemubual dan memerhatikan tingkahlaku pelajar.

Dalam konteks pendidikan pula, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterprestasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kesahan ialah bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur. Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markah ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity).

Kebolehpercayaan pula ialah darjah ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu benda, ciri atau sifat seseorang. Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan, ketepatan dan kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian yang telah dijalankan), tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan.

Pendekatan Pengajaran Masteri

Terdapat empat kaedah penilaian berdasarkan pendekatan pengajaran masteri iaitu, Penilaian diagnostik dan kesediaan, penilaian sumatif, penilaian formatif dan penilaian berasaskan kriteria.

i) Penilaian diagnostik dan kesediaan

Penilaian diagnostik dan kesediaan bertujuan mengesan sama ada pelajar bersedia mengikuti pelajaran seterusnya atau tidak. Sekiranya tidak bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan.

ii) Penilaian formatif

Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai dapat.Penilaian ini dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Contohnya menyoal pelajar semasa P&P dijalankan.

iii) Penilaian sumatif

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang pelajar dengan pelajar lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan/ pengredan. Contoh dengan mengadakan ujian pada akhir tahun merangkumi semua tajuk yang telah dipelajari. Penilaian ini dilakukan secara formal.

iv) Penilaian berasaskan kriteria

Penilaian berasaskan kriteria ialah membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria yang telah ditetapkan. Memberi penekanan sama ada pelajar seseorang pelajar telah menguasai sesuatu isi pelajaran dan kemahiran yang diajar. Contohnya dengan melakukan penilaian penguasaan pelajar berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Soalan perlu mempunyai tahap padanan yang tinggi dengan objektif pembelajaran.

Pendekatan Pengajaran Konstruktivisme

Terdapat tiga ciri pendekatan pengajaran konstruktivisme iaitu penilaian proses, penilaian berasaskan kemajuan kendiri atau kumpulan, dan penilaian produk.

i) Penilaian proses

Penilaian proses adalah untuk mengukur kemampuan pelajar dalam melakukan suatu kegiatan serta melaporkan hasil diperolehi dari kegiatan yang dilakukan. Ianya bertujuan memberi maklumat kepada guru berkenaan tugas yang telah dilakukan pelajar.

ii) Penilaian berasaskan kemajuan kendiri atau kumpulan

Penilaian ini dilakukan bagi membolehkan pelajar mengukur atau membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan suatu kemahiran dipelajari. Penilaian jenis ini digunakan untuk mengurangkan kebergantungan pelajar kepada guru dalam suatu bidang. Contohnya pelajar membuat latihan sendiri dan menyemak jawapan.

iii) Penilaian produk

Penilaian ini dilakukan ke atas pelajar bagi mengawal proses dan memanfaatkan penggunaan bahan. Hal ini bertujuan menghasilkan kualiti estetik dari sesuatu yang dihasilkan oleh pelajar. Sebagai contoh ialah hasil karya seni atau penulisan pelajar.

Rujukan:

Abu Bakar Nordin (1986). Asas penilaian pendidikan. Petaling Jaya: Longman Malaysia

Sdn. Bhd

Mohamad Farid bin Madun (2010). Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian. Diperolehi pada September 23, 2010 daripada http://www.slideshare.net/rikdidik/konsep-pengujian-pentaksiran-dan-penilaian

Roslo Abdullah (2010). Pengukuran dan penilaian dalam pendidikan. Diperolehi pada 23 September, 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/6938791/Kesahan-Dan-Kebolehpercayaan

1 comment:

  1. Best Roulette Casinos - JTM Hub
    All Roulette Casinos in the 아산 출장샵 UK have some great features, such 문경 출장마사지 as a bet and free spins 의정부 출장안마 welcome 순천 출장마사지 bonus and a new bonus. Find out 경기도 출장마사지 more here.

    ReplyDelete